Kalau ada satu perkara yang peminat bola sepak Malaysia tak nak terlepas, sudah tentu FIFA World Cup 2026™. Pada kali ini, U Mobile hadir dengan berita besar yang bakal ubah cara kita layan kejohanan paling berprestij dunia itu.

U Mobile selaku penyedia rangkaian 5G terbaharu di Malaysia, secara rasmi mengumumkan bahawa mereka adalah Penaja Siaran Rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2026™ di RTMKlik.

Kerjasama strategik ini bakal membawakan kesemua 104 perlawanan terus ke skrin telefon pintar anda dengan penstriman yang lancar!

Layan 104 Perlawanan Tanpa Gangguan Dengan ULTRA Football Pass

U Mobile

Bagi memastikan anda tidak terlepas walaupun satu saat aksi gol-gol ikonik, U Mobile memperkenalkan ULTRA Football Pass!

Mulai 11 Jun sehingga 20 JuIai 2026, semua pelanggan mudah alih (mobile) dan jalur lebar (broadband) U Mobile boleh menebus pas harian ini secara PERCUMA menerusi aplikasi MyUMobile.

Apa yang anda dapat dengan ULTRA Football Pass?

Anda bakal menikmati data tanpa had pada kelajuan tanpa had (unlimited data at unlimited speed) khusus untuk menstrim kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 di platform RTMKlik.

Jadi, lepas ni tak ada lagi isu data ‘pancit’ tengah jalan masa minit-minit akhir perlawanan!

Menang Percutian Impian RM250,000 Dan Hadiah Gempak Menerusi ULTRA Football Fest

U Mobile

Bukan sekadar tengok bola, U Mobile turut mahu merealisasikan impian anda menerusi kempen ULTRA Football Fest yang berlangsung dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026.

Hadiah utama yang ditawarkan memang luar biasa. Anda berpeluang memenangi ULTRA Dream Football Tour, sebuah pakej percutian bola sepak tajaan penuh bernilai RM250,000 untuk satu pemenang bersama tiga orang rakan atau ahli keluarga ke beberapa kota bola sepak paling ikonik di dunia!

Selain percutian mewah tersebut, lambakan hadiah premium lain turut menanti para pelanggan:

Layan Semua 104 Perlawanan World Cup 2026 Secara PERCUMA di RTMKlik Dengan U Mobile, Siap Boleh Menang Trip!

4x ULTRA Home Stadium Makeovers: Set perkakas elektronik rumah Samsung bernilai RM50,000 setiap satu.

50x Telefon Pintar Samsung S26 Ultra: Telefon flagship paling hot tahun ini.

100x Samsung 65-inch Crystal UHD 4K Smart TVs: Untuk kepuasan menonton di rumah bagai di stadium.

500x Jersi Rasmi Pasukan Piala Dunia 2026.

Bagaimana cara nak menang? Anda hanya perlu melanggan pelan baharu, menaik taraf pelan sedia ada atau membeli peranti di bawah pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid, atau U Home 5G Broadband. Mudah bukan?

Komitmen U Mobile Untuk Peminat Bola Sepak Malaysia

Menurut Navin Manian, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna U Mobile, pelantikan sebagai sponsor siaran rasmi ini merupakan satu mercu tanda penting buat syarikat dalam mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia rangkaian 5G terbaharu negara.

“Ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan bagaimana U Mobile dapat merapatkan lagi hubungan rakyat Malaysia dengan acara sukan yang paling diminati di dunia.

Sama ada melalui akses lancar tanpa gangguan di RTMKlik atau ganjaran eksklusif yang ditawarkan, ini adalah cara kami menjadikan pentas bola sepak terbesar dunia lebih mudah diakses, imersif, dan berbaloi buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi anda yang tak mahu terlepas peluang keemasan ini, pastikan anda semak aplikasi MyUMobile anda bermula sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai ULTRA Football Fest dan cara menebus ULTRA Football Pass, anda boleh layari laman web rasmi U Mobile dengan klik di sini. Ayuh sorak bersama U Mobile!