QSR Brands (M) Holdings Bhd menutup sementara waktu lebih 100 cawangan KFC di seluruh Malaysia ekoran gerakan boikot yang berlangsung kira-kira setengah tahun, lapor Nanyang Siang Pau.
Menjelang petang 27 April, sudah ada 108 daripada 600 cawangan telah menghentikan operasi buat sementara waktu, lapor portal tersebut.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Kelantan mencatatkan angka paling tinggi dengan hampir 80 peratus atau sehingga 21 cawangan ditutup buat sementara waktu.
Menurut portal itu lagi, maklumat dan data menunjukkan terdapat cawangan di 13 negeri di seluruh negara dan Kuala Lumpur yang telah digantung daripada perniagaan.
15 cawangan di Johor (tutup sementara waktu), Kedah (11), Terengganu (10), Pahang (10), Perak (9), Negeri Sembilan (6), Perlis (2), Melaka (2), Pulau Pinang (5), Kuala Lumpur (3), Sabah (1) dan Sarawak (2).
“Jelas sekali boikot itu telah menjejaskan operasi KFC di seluruh negara,” ujar portal berkenaan.
Sementara itu, QSR Brands, pengendali KFC di Malaysia, masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penutupan sementara waktu sebahagian cawangan mereka.