Pihak berkuasa di salah satu lapangan terbang antarabangsa di India berjaya mematahkan cubaan untuk menyeludup kura-kura dari Malaysia.

Menurut perkongsian pihak kastam dari lapangan terbang antarabangsa Tiruchirappalli, pihaknya merampas sebanyak 2,447 ekor kura-kura dari seorang individu yang diletakkan di bekas coklat dalam bagasi miliknya.

Baca Juga:

“Hasil dari maklumat risikan, salah seorang pegawai di lapangan terbang antarabangsa Tiruchirappalli, India berjaya merampas 2447 ekor kura-kura dari seorang individu yang sampai dari Kuala Lumpur, Malaysia dengan menaiki penerbangan Batik Air pada 29 Disember lalu.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan mengenai perkara ini,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan di laman X.

Ini bukan kali pertama Malaysia menjadi sorotan di peringkat antarabangsa pada penghujung tahun 2024 dimana seorang pelawak telah ditahan di Arab Saudi kerana disyaki membawa barang terlarang.

Artis tersebut dipercayai memiliki dadah jenis ganja dan membawa bahan terlarang itu bersamanya ketika dia pergi menunaikan umrah.

Dia ditahan di lapangan terbang Jeddah. Yang membuatkan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pelawak itu pergi ke Arab Saudi bersama dengan rakan rakannya untuk menunaikan umrah – menurut sumber Utusan Malaysia.

Namun masih tiada pengesahan siapakah gerangan yang dimaksudkan. Utusan Malaysia turut mengesahkan bahawa akaun media sosial pelawak itu masih aktif membuat hantaran kerana dipercayai dikendalikan oleh pasukan media artis tersebut.