Seramai lebih 8000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Dipetik dari laporan Sinar Harian, seramai 6,231 calon dari jumlah di atas adalah dari sekolah dibawah kelolaan KPM.
Baca Juga:
- ‘Tak Patut Macam Ni’ – Netizen Terkejut Dengan Menu Makanan Sekolah Rendah
- ‘Merisaukan’ – Netizen Terkejut Dengan Jawapan Ujian Murid Sekolah Rendah
- Murid Dipaksa Belajar Atas Lantai Selepas Ibu Bapa Gagal Bayar Yuran Sekolah
Pelbagai Alasan Tidak Hadir SPM
“Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” kata KPM.
Langkah KPM Untuk Hadapi Isu Kehadiran SPM
Bagi menangani isu ketidakhadiran calon, kementerian itu telah melaksanakan beberapa langkah antaranya memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) agar memudahkan pihak sekolah melaksanakan intervensi.
Selain itu, mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM pada semua peringkat dan memantau status murid berisiko cicir melalui papan pemuka bertujuan memastikan kehadiran calon dalam peperiksaan dan mengoptimumkan tindakan intervensi bersesuaian.
“Melaksanakan aktiviti berfokus seperti Program Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru serta pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.
“Kebersamaan dalam melaksanakan tindakan ini menunjukkan usaha yang optimum daripada semua pihak,” menurut kenyataan KPM.
KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan 4 bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.

Peperiksaan tahun lepas menyaksikan pelbagai drama yang berlaku seperti pada guru bertungkus-lumus menghubungi para pelajar yang masih belum hadir ke dewan peperiksaan untuk kertas Sejarah.
Kelihatan sebahagian guru sedang sibuk menghubungi sejumlah pelajar sambil memeriksa satu per satu nama di dalam senarai calon SPM pada ketika itu.
Di dalam kapsyen video tersebut, cikgu terbabit memberi pesanan kepada pelajar di luar sana agar tidak datang lewat ke peperiksaan. Hal ini kerana banyak lagi perkara yang perlu diuruskan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Dia juga berharap pelajar tidak berniat untuk ponteng kerta peperiksaan yang penting ini kerana bukan sahaja bakal merugikan diri sendiri malah akan menyusahkan pihak lain juga selepas itu.