Dari Januari hingga Disember 2024, Malaysia telah menerima ketibaan seramai 3,725,894, pelancong dari China, sekaligus mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang cukup mengagumkan iaitu lonjakan 130% menurut Kementerian Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Malaysia.

Pertumbuhan luar biasa ini sebahagian besarnya disebabkan oleh dasar bebas visa untuk warga China bermula pada 1 Disember 2023, yang mana telah dilanjutkan hingga Disember 2026.

Polisi bebas visa dilanjutkan

pelancong china
Sumber Gambar: Visa Guide

Dengan polisi berkenaan, pelancong dari China boleh masuk ke Malaysia tanpa perlu visa, dan mereka boleh tinggal di sini sehingga 30 hari lamanya.

Hal ini sekaligus memudahkan mereka untuk melancong ke Malaysia dan menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai tempat pelancongan.

Peningkatan hubungan udara

pelancong china
Sumber Gambar: Tripadvisor

Selain daripada polisi tanpa visa, peningkatan sambungan penerbangan juga memainkan peranan penting dalam memudahkan kemasukan pelancong ini.

Terutamanya, syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang telah memulakan laluan penerbangan terus yang menghubungkan Xi’an, ibu kota Wilayah Shaanxi di barat laut China, ke Kuala Lumpur melalui Kunming pada Disember 2024.

Laluan baru ini telah menjadikan perjalanan lebih mudah untuk pelancong China dari bandar-bandar utama tersebut untuk bertandang ke Malaysia.

Malah, kerajaan Malaysia menjangkakan perkembangan ini akan terus merangsang pelancongan, memupuk hubungan budaya dan ekonomi yang lebih erat antara Malaysia dan China.

Peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancong dijangka memberi impak positif kepada ekonomi Malaysia, terutamanya dalam sektor seperti perhotelan, peruncitan, dan pengangkutan.

Mengimbas laporan sebelum ini, ramai rakyat China kini memilih Malaysia sebagai destinasi kedua mereka untuk hidup, bekerja, dan membesarkan anak-anak.

Difahamkan mereka berbuat sedemikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan budaya kerja yang terlalu mencabar di China, dikenali sebagai ‘996’ – bekerja dari pukul 9 pagi hingga 9 malam, enam hari seminggu.

 

Sumber