Legenda Manchester United, Teddy Sheringham memuji kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang digunakan untuk satu perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Teddy baru-baru ini terlibat dalam satu perlawanan persahabatan antara legenda Manchester United yang turun menentang legenda Liverpool dimana beliau berperan sebagai pengurus United.

Baca Juga:

“Saya sangat gembira melihat ramai yang hadir ke stadium dan saya berikan 10/10 berkaitan atmosfera di sini. Stadium yang besar dan penyokong yang sentiasa bersorak dan buatkan saya berbangga untuk turut serta dalam perlawanan ini.

“Keadaan padang juga cantik dan rata yang membuatkan kami dapat bermain bola sepak dengan baik. Tidak ada aduan berkaitan padang dan kami sedia untuk kembali bagi menebus maruah Manchester Reds,” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Liverpool Reds berjaya menewaskan Manchester Reds dengan keputusan 4-2 hasil jaringan hatrik Djibril Cisse dan Florent Sinama, manakala dua jaringan Manchester Reds hasil sentuhan Dimitar Berbatov dan Danny Webber.

Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mendermakan rumput jenis hibrid untuk ditanam di padang SNBJ dimana keputusan ini diambil berdasarkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh JDT.

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh JDT di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” kata kenyataan rasmi.