Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) digesa agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga rumput hibrid yang bakal ditanam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menggantikan rumput jenis Zeon Zoysia.

Pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan mendermakan rumput jenis hibrid untuk ditanam di padang SNBJ dimana keputusan ini diambil berdasarkan hasil kaji selidik yang dijalankan oleh JDT.

Baca Juga:

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh JDT di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” kata kenyataan rasmi.

Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh TMJ kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.

Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara.

Sebelum ini, PSM mendapat banyak kritikan khususnya dari peminat bola sepak tanah air dimana mereka menganggap badan itu gagal menjaga permukaan padang yang ditanam rumput Zeon Zoysia.

Keadaan padang SNBJ beberapa kali berada dalam keadaan teruk ketika Malaysia menerima kunjungan Oman baru-baru ini dan juga ketika JDT bertemu Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Keadaan ini berpunca dari kegagalan PSM yang menguruskan permukaan padang selepas SNBJ digunakan sebagai venue konsert dua artis terkenal dunia iaitu Coldplay dan Ed Sheran.

SNBJ
SNBJ
SNBJ
Keadaan terkini padang SNBJ yang dirakam pada 23 Mac 2024

Sudah bosan dengan kejadian ini, peminat bagaikan hilang sabar dengan PSM dimana mereka mahu Hans Isaac agar segera meletak jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugas dengan baik.