Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac terus menerima kecaman khususnya dari peminat bola sepak tanah air selepas isu padang kembali menghantui Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan digunakan untuk perlawanan antara Malaysia menentang Oman.
Permukaan padang sekali lagi berada dalam keadaan tidak rata selepas stadium itu digunakan sebagai venue bagi konsert salah seorang artis ternama antarabangsa iaitu Ed Sheeran pada Februari lalu.
Baca Juga:
- Hannah Yeoh Beri Sebab Mengapa SNBJ Tidak Boleh Digunakan Untuk Jalani Latihan
- Jaroslav Silhavy: Padang SNBJ Tidak Bersedia Untuk Digunakan
- Kim Pan Gon Tuntut Janji Kontraktor Beri Padang Yang Terbaik
Sudah bosan dengan kejadian ini, peminat bagaikan hilang sabar dengan PSM dimana mereka mahu Hans Isaac agar segera meletak jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugas dengan baik.
Rajamangala Stadium’s pitch as of today! 🤩
📸: Punta Turf Care https://t.co/3S07KEhmd4 pic.twitter.com/zFeisM3KIr
— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) March 24, 2024
Peminat membandingkan SNBJ dengan Stadium Rajamangala di Thailand yang mana stadium itu turut digunakan sebagai venue bagi konsert artis antarabangsa tetapi pengelola stadium mampu untuk menyediakan permukaan padang yang jauh lebih baik bagi aksi antara tuan rumah menentang Korea Selatan.
Berdasarkan gambar terkini yang dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh di laman media sosial miliknya, padang SNBJ dilihat berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ini namun masih ada bahagian yang tidak rata.
1.FIFA Match Commissioner (MC) tidak benarkan pasukan Malaysia & Oman berlatih di SNBJ kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini
2.Padang SNBJ telah mendapat kelulusan MC untuk perlawanan 👍
3. Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu pic.twitter.com/EyhuaiFERG— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 25, 2024
Meskipun terlihat cantik di dalam gambar, namun penilaian sebenar perlu dilakukan selepas perlawanan antara Malaysia menentang Oman sama ada padang berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy menyifatkan padang SNBJ tidak bersedia untuk dijadikan sebagai medan perlawanan menentang Malaysia pada 26 Mac ini.
Ketika sidang media, Silhavy berkata pemain tidak sesuai beraksi di padang Stadium Bukit Jalil kerana hujan sering melanda negara kebelakangan ini.
“Malangnya kami diberitahu yang cuaca Malaysia sekarang banyak hujan. Kami percaya yang padang tidak akan bersedia untuk perlawanan dan tidak baik untuk perlawanan. Secara fizikal dan teknikalnya, pemain tidak sesuai untuk bermain di situ.
“Semalam (Ahad) pun kami diberitahu yang kami tidak akan berlatih di padang Bukit Jalil kerana keadaannya tidak bagus untuk latihan. Pasukan Malaysia juga tidak boleh berlatih di sana. Ia memang tak bagus untuk kedua-dua pihak,” katanya.