Pada minggu lalu, tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memakai blazer merah bertindak agresif terhadap seorang rider di hadapan sebuah bangunan di Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur.

Video terbabit telah meninbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan lelaki itu tidak berperikmanusiaan malah menuduh lelaki yang berasal dari Sabah itu sebagai warga asing kerana loghat bahasa yang digunakan.

Baca Juga:

Menyedari kesilapannya itu, beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan meminta isu itu tidak dipanjangkan lagi. Apatah lagi kes itu sudah pun dalam siasatan polis.

“Saya ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah ataupun terhadap sesiapa yang terasa dengan percakapan saya.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan berlarutan. Saya betul-betul memohon maaf. Saya tiada masalah dengan orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah,” katanya di dalam video itu.

@ranggi017

♬ bunyi asal – ranggi017 – ranggi017

Di dalam video berasingan, lelaki blazer merah didapati telah berjumpa dengan sekumpulan warga Sabah yang mahu mendengar penjelasan dari beliau. Tidak mahu memanjangkan lagi drama ini, mereka meminta beliau membuat video permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu, pada ruangan komentar di video tersebut dapat dilihat sejumlah pengguna yang menerima permohonan maaf tersebut dan sedia berdamai seperti biasa.