Seorang lelaki berbangsa Cina menjelaskan kenapa bangsa Melayu harus menjadi penjaga kepada negara ini, Malaysia.

Lawrence Tey berkata, jika tiada Melayu yang menjaga atau menjadi ketua negara ini, negara akan jadi huru hara.

Baca Juga:

“Saya cakap je la, jangan ada yang terasa pula. Malaysia kalau takda melayu jaga, habis huru hara. Kenapa?

“Kenapa? Sekurang kurangnya Melayu adalah satu bangsa yang sangat takut dengan Sang Pencipta, Allah. Nak buat jahat pun takut. Ada lagi perasaan takut dengan tuhan dan karma,” menurut Lawrence.

Seterusnya, Lawrence merasa berterima kasih hidup dalam komuniti yang ramai Melayu. Kerana menurutnya, bangsa Melayu ramai berniaga tepi jalan yang menawarkan harga makanan yang murah.

“Melayu ni jenis jual kuih tepi jalan nak untuk lebih 20 sen pun dia fikir tentang orang yang tak mampu. Sebab itu saya cakap, Malaysia kena Melayu yang pegang juga.

“Kalau harap bangsa lain, tidaklah [jangan harap]. Buddha, kristian, sama sekali melarang riba, melarang alkohol, tetapi ada mereka ni ikut [ajaran itu]? Tapi sibuk pertahankan benda yang mereka tak nak ikut.

Akhir sekali, Lawrence turut berkongsi pandangan tentang SOP kedai makanan dan sijil halal di premis makanan.

Di mana SOP untuk mendapatkan sijil halal yang sangat ketat, menurutnya, pihak yang beruntung adalah pelanggan rakyat Malaysia itu sendiri tak kira bangsa dan agama, termasuk Melayu, Cina atau India.

“Sedikit di luar topik, seperti sijil halal, ada yang pertikai kenapa nak apply, logo halal bukan saja barang to daripada source yang halal, tempat kena bersih, kemas. SOP betul dan ketat, barulah dapat sijil.

“Kebaikan bersama, selain Melayu tak termakan benda haram, Melayu, Cina dan India turut dapat juga makanan bersih, cara penyediaan yang betul, tak perlu ragu ragu.

“Kalau takda sijil ini, saya rasa kalau tikus boleh buat duit, mereka pun masukkan dalam makanan sebab dah masak dah taktau apa itu. Jimat masyuk poket.”