Di saat ramai rakyat Malaysia mengeluh tentang harga nasi lemak RM5 sebungkus, apatah lagi untuk makan di bandar besar seperti Kuala Lumpur, ramai yang pasti akan menggeleng kepala dengan dakwaan ini: Makan kenyang tiga kali sehari dengan bajet sejumlah RM5 sahaja.

Ya, bukan RM50, tetapi hanya RM5 sahaja. Strategi kewangan yang kedengaran mustahil ini dikongsi oleh seorang lelaki Indonesia, Hakim, yang terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup di Malaysia dengan perbelanjaan paling minimum.

Menerusi TikTok miliknya, Hakim memperlihatkan bagaimana dia boleh menyediakan juadah makan dengan bajet RM5 sahaja untuk makan tiga kali sehari.

Pilihan bahan mentah termasuklah, seikat sayur, tauhu, tempe sudah cukup menjadikan ia juadah sihat untuk kelangsungan hidup seharian.

Dia menegaskan jika kalau anak perantau perlulah pandai memasak, dek mungkin kerana boleh berjimat lebih banyak berbanding membeli dari luar.

Walaupun tampak ringkas, kalau dah lapar pasti habis licin dimakan oleh kita juga.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa sebenarnya bahan-bahan mentah yang dibeli itu sudah lumayan murah malahan cukup untuk makan seorang di rumah itu.

@hakimm_60

Bajet rm5 bisa makan 3x🤩#tkimalaysia🇲🇾🇮🇩 #minivlog #masakansimple #hakim #fyp

♬ rasa ini vierra piano – Lyn 🤍

Perkongsian Hakim sememangnya mengejutkan warga tempatan kerana tidak menyangka pekerja asing boleh membuat menu dengan bajet yang begitu rendah untuk cukup makan seharian.

Bagaimanapun, ramai menasihatkan dia untuk menambah protein kerana sangat diperlukan oleh tumbuh badan kita.

Dalam pada itu, ada individu yang langsung terbuka mata mengetahui realiti bagaimana pekerja asing boleh membawa pulang wang dari gaji mereka yang banyak ke kampung. Semua ini kerana menu survival yang ekstrem sebegini.