Salah satu aktiviti yang sering dilakukan bersama keluarga sewaktu musim cuti sekolah sudah semestinya pergi melawat lokasi-lokasi menarik di Malaysia. Tahukah anda kini terdapat cara guna AI untuk membuat perancangan perjalanan dengan pantas?

Oleh itu, seorang pengguna TikTok bernama @syafulmohamed telah berkongsi satu laman perancang perjalanan berasaskan AI yang boleh memudahkan anda mencari lokasi menarik dan membuat itinerari dengan tersusun.

Baca Juga:

Laman yang dimaksudkan adalah tripnotes.ai yang mana boleh diakses secara percuma oleh umum. Dengan bantuan AI, anda boleh mengetahui pelbagai lokasi dan aktiviti menarik di seluruh dunia dengan input teks sahaja. Boleh lanjut ikuti tutorial di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Cara guna AI untuk membuat perancangan perjalan dengan pantas

1. Lawati laman tripnotes.ai dengan klik di sini.

2. Masukkan input nama lokasi yang ingin dilawati pada ruangan carian lalu tekan Next. Sebagai contoh di bawah, kami masukkan lokasi Kuala Lumpur, Malaysia pada ruangan tersebut.

cara guna ai
Sumber Gambar: TikTok @syafulmohamed

3. Kemudian, isikan pula input berkenaan soalan aktiviti atau pun lokasi menarik di Kuala Lumpur pada ruangan teks dan klik Generate.

cara guna ai
Sumber Gambar: TikTok @syafulmohamed

4. Akhir sekali, anda bakal dipaparkan dengan senarai lokasi atau aktiviti menarik seperti yang dipinta. Anda boleh klik pada ikon yang tersedia pada kamera untuk melihat maklumat terperinci bagi lokasi tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @syafulmohamed

Untuk makluman, platform Tripnotes.ai ini lengkap dengan informasi terkini malah disertakan maklumat terperinci seperti gambar lokasi, waktu operasi dan juga nombor pengurusan. Laman ini juga  mempunyai antaramuka yang mesra pengguna dan intuitif.

@syafulmohamed

#artificialintelligence Travel Planner untuk anda cuba 🔥 #tiktokguru #learningontiktok #belajaronline #malaysiatiktok #ajarkanaku #tahukahanda #ai #jomcuba

♬ VIBE (feat. Jimin of BTS) – TAEYANG

Malah, difahamkan maklumat lokasi yang disediakan juga memang benar-benar wujud di dunia sebenar yang mana boleh dipercayai setakat ini. Oh ya, anda juga perlu menggunakan bahasa Inggeris bagi memberikan arahan kepada laman tersebut bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Selepas ini, anda bolehlah melakukan perancangan perjalanan yang lebih tersusun dengan pantas menerusi bantuan AI. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh memanfaatkan AI untuk musim cuti persekolahan akan datang.