Tular satu klip video di TikTok di mana seorang usahawan membelanjakan RM12,000 untuk menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski untuk isteri tercinta.

Menurut Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, telekung itu diberi kerana mahu menghadiahkan sesuatu berbeza berbanding sebelum ini. Pada masa sama mahu ia dimanfaatkan untuk jangka masa panjang.

Baca Juga:

@syed.fatin.jaeden.haifa

Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa 🥰❤️😘 Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish

♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa

“Ikutkan sudah ratusan pakaian dijahit untuk isteri, bukan hanya untuk raya malah banyak juga dihasilkan sempena kenduri kahwin atau acara keramaian.

“Sebahagiannya pun sudah dijual dan kali ini, saya terdetik untuk buat kelainan dengan beri hadiah istimewa kepada isteri iaitu telekung.

“Sebelum ini isteri ada cakap yang dia teringin nak pakai satu telekung keluaran seorang pengasas di TikTok jika ada rezeki cuma setakat beritahu keinginannya saja dan tidak bersungguh minta.

“Daripada situ, saya terfikir mengapa tidak beri hadiah telekung Swarovski buat isteri kerana sebelum ini selalu jahitkan bajunya ke majlis besar jadi apa salahnya melabur pula untuk pakaian ibadah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut beliau, telekung itu mengambil masa satu minggu untuk disiapkan.

“Tak dinafikan, kosnya memang tinggi tapi saya tak nampak ia satu pembaziran walaupun pasti ada segelintir orang kata begitu kerana telekung itu pun nak guna untuk menghadap Tuhan.

“Bukan sekali pakai atau waktu pergi Tarawih saja malah nak solat di rumah atau umrah pun boleh sarung telekung itu,” katanya

Syed Muhammad Hasif berkata, terpulang kepada penilaian mereka yang melihat kerana tidak terdetik langsung di hatinya untuk menunjuk jauh sekali riak.

“Diharap isteri suka dan sekurang-kurangnya, dia akan ingat hadiah itu sebagai kenangan serta hasil kerja tangan saya yang jahit telekung eksklusif untuknya.

“Bab pakaian ikut kemampuan masing-masing dan kalau mampu, tak ada masalah. Kalau kurang mampu, pakai apa yang ada saja,” katanya.