Seorang tukang kasut yang berasal dari Palestin, Imad Mohammad telah mencipta satu kasut khas buatan tangan dengan nama Presiden AS dan Perancis dalam kaligrafi Arab sebagai tanda boikot terhadap dua pemimpin tersebut.
Alasan Imad memilih dua pemimpin dunia yang terpalit dengan kontroversi ini adalah kerana mereka berdua telah ‘menggangu orangnya’.
Presiden AS, Donald Trump sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Jerusalem pada Mei 2018. Langkah Trump itu dilihat seolah-olah mengiktiraf bahawa Jerusalem sebagai ibu kota Israel.
Manakala minggu ini, Imad menghasilkan satu lagi kasut khas dengan nama Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas dia mencetuskan kemarahan umat Islam apabila menyokong penerbitan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad atas alasan kebebasan bersuara.
Dilaporkan bahawa kasut tersebut dijual pada harga sekitar $ 50 (RM200.00) dan diperbuat daripada “kulit asli di dalam dan di luar, dan lebih asli daripada mereka,” katanya.
“Kasut menjejak tanah, habuk dan kekotoran. Jika kita menulis nama seseorang pada kasut, ia juga akan kotor. Ia menandakan bagaimana kita menilai individu itu,” kata Mohammad.
Terdahulu, majalah Perancis cetak semula karikatur hina Nabi Muhammad. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Sengaja Cetus Provokasi, Majalah Perancis Cetak Semula Karikatur Hina Nabi Muhammad
Pemuja Donald Trump Meninggal Dunia, ‘Kecewa’ Presiden AS Positif COVID-19