Mungkin tiada siapa menyangka bahawa lelaki yang dahulunya dikagumi kerana kepintarannya, kini telah bertukar sehingga membuatkan orang ramai berkerut dahi. Zhang Xinyang, seorang lelaki yang berasal dari China kini menjadi perhatian umum kerana sikapnya yang tidak sehebat kepintarannya.

Semasa beliau kecil. Zhang dianggap sebagai kanak-kanak yang genius kerana mendapat peluang belajar di kolej pada usia 10 tahun, malah dia menerima PhD enam tahun kemudian dalam jurusan Matematik Gunaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi malangnya pencapaian luar biasa Zhang tidak lagi diperkatakan dan dipuji di sana sini. Kini Zhang Xinyang menjadi seorang yang membimbangkan malah dikatakan masih bergantung harap kepada ibu bapanya.

Zhang difahamkan hanya menjalani kehidupan sehariannya dengan melepak tanpa melakukan apa-apa. Walaupun Zhang sebelum ini dikenali sebagai anak genius yang merupakan pelajar bongsu China. Beliau juga menjadi graduan PhD termuda di Universiti Beihang, salah satu universiti terbaik di Beijing.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus selepas dia tamat pengajian. Dia difahamkan telah mendesak kedua ibu bapanya yang berasal dari sebuah pekan kecil di Wilayah Liaoning membelikannya sebuah kediaman di Beijing bernilai. Dia sempat mengugut untuk tidak sambung belajar kepada ibu bapanya jika permintaannya tidak dilayan.

Ibu bapa Zhang akhirnya akur dengan kehendak anak mereka walaupun terpaksa berbohong. Ternyata mereka tidak membeli tetapi hanya menyewa. Zhang akhirnya menamatkan pengajiannya dan menjadi pensyarah di kawasan Ningxia Hui, tetapi berhenti dua tahun kemudian.

Selepas melalui zamannya sebagai seorang kanak-kanak genius, pemikiran Zhang terhadap kejayaan berubah. Dia tidak lagi bercita-cita tinggi untuk berjaya di ibu kota, dia kini hidup sederhana, tidak mempunyai pekerjaan tetap, dan mempunyai sedikit wang dalam akaunnya.

Zhang menyalahkan ibu bapanya dan berkata mereka berdua berhutang dengannya. Perubahan sikap dan ‘jatuh’ Zhang menjadi topik perbincangan netizen di China.

Walaupun dia kelihatan tidak sopan terhadap orang tuanya, tetapi ramai sebenarnya yang menyalahkan ibu bapanya kerana terlalu obses mahu Zhang melanjutkan pelajaran semasa kecil.

“Ibu bapanya terobsesi untuk menjadikan anak ajaib dan akhirnya Zhang membayar pampasan untuk kehilangan zaman kanak-kanak dengan cara lain,”

“Dia tidak tiba-tiba menjadi dewasa yang membuli ibu bapanya,” “Dia sering cuba memberontak tetapi gagal,” tulis netizen di Weibo.

Sumber