Sudah banyak kali dihebahkan tentang bahaya menggunakan WiFi yang tersedia di tempat awam kerana berpotensi untuk digodam. Namun, masih ramai tertanya-tanya sama ada ia satu kebenaran atau sembang kosong sahaja?

Menerusi satu perkongsian di TikTok bernama ImanCyberSecurity, beliau mendedahkan bahawa pengodam memang boleh berbuat sedemikian dengan satu teknik yang cukup licik.

Baca Juga:

Dengan taktik licik ini, penggodam mahu mendapatkan kata laluan untuk mengakses WiFi yang digunakan oleh orang ramai.

Sumber Gambar: TikTok @ImanCyberSecurity

Berdasarkan video itu, beliau menunjukkan demonstrasi cubaan penggodam untuk mengakses WiFi di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Untuk menjayakan misi itu, beliau membawa sebuah alat elektronik khas bernama Dstike yang dipercayai komponen utama teknik godaman berkenaan.

Menurut Iman, melalui alat tersebut, beliau boleh menyasarkan mana-mana telefon pintar di dalam radius capaiannya. Setelah sasaran dipilih, sambungan WiFi telefon pintar itu akan diputuskan.

Sumber Gambar: TikTok @ImanCyberSecurity

Apabila pengguna ingin mendapatkan semula sambungan WiFi yang terputus, penggodam akan mencipta beberapa sambungan WiFi dengan nama yang mirip seperti WiFi asal. Pengguna sudah pasti akan keliru kerana mencari mana satu sambungan WiFi dalam senarai tersebut yang asli atau palsu.

Besar kebarangkalian, pengguna akan tersilap memilih sambungan WiFi yang sudah diklon dan memasukkan kata laluan yang diperlukan untuk mencerobohi WiFi tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ImanCyberSecurity

Kemudian, penggodam akan dapat melihat kata laluan yang dimasukkan dan menggunakannya untuk mengakses WiFi itu. Kini segala perancangan jahat sudah boleh dimulakan.

Sesiapa sahaja yang menggunakan WiFi tersebut, aktiviti mereka di atas talian akan dijejaki oleh penggodam. Dalam senario berkenaan, penggodam bebas untuk melakukan apa sahaja yang boleh membawa pelbagai bahaya kepada pengguna.

Sumber Gambar: Pulsar Security

Kaedah penggodaman itu dikenali sebagai ‘WiFi Phishing’ atau ‘Evil Twin Attack’. Selain menerusi WiFi, ada yang menggunakan USB Pendrive dengan mekanisme yang sama.

@imancybersecurity

Tak sangka wifi boleh kena hack semudah tu kan? #cybersecurity #ethicalhacker🕵️‍♂️ #computerscience #wifihacks

♬ original sound – ImanCybersecurity – ImanCybersecurity

Oleh itu, orang ramai diminta untuk menggunakan sambungan WiFi yang terjamin keselamatannya ketika sedang memgendalikan urusan sensitif.