Siapa sangka penggunaan kriptowang Bitcoin dan dark web menjadi medium buat seorang lelaki ini yang dikenali sebagai Allen Vincent Hui Kim Heng membunuh teman lelaki perempuan simpanannya di Singapura.

Berdasarkan kronologi cerita yang dikongsikan Straits Times, semuanya bermula apabila lelaki berumur 47 tahun ini menjalin hubungan bersama perempuan simpanannya, Ng Woan Man berumur 30 tahun pada April 2016.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Perhubungan ini mulai retak apabila lelaki ini enggan untuk tinggal bersama wanita simpanannya kerana tidak mahu menceraikan isterinya sekaligus membuatkan wanita ini memilih untuk memutuskan hubungan pada Februari 2018.

Meskipun sudah tidak lagi bersama, lelaki dikatakan masih terus memberikan wanita ini hadiah, membayar sewa rumah serta insuran.

Semuanya seakan berubah selepas Allen Vincent mendapati bekas wanita simpanannya sudah mempunyai teman lelaki lain di tempat kerjanya yang baru bernama Tan Han Shen. Gagal mengawal emosinya, Allen Vincent telah memilih untuk memuat turun Tor Browser untuk mengakses dark web.

Screen Shot 2019-07-18 at 3.38.38 PM
Sumber: Lifewire

Berdasarkan pencarian beliau, Allen Vincent telah menjumpai servis hitman yang menawarkan servis bunuh sesiapa yang dikehendaki yang dinamakan sebagai Camorra Hitmen.

Menurut rundingan yang dibuat, Allen Vincent telah menghantar gambar Tan Han Shen yang diperoleh daripada Instagram serta nombor plet kenderaan lelaki itu.

Beliau yang pada mulanya mahu teman lelaki bekas wanita simpanannya dibunuh dengan simbahan asid terpaksa membatalkan rancangan tersebut kerana dikhuatiri mudah dijejaki pihak polis sekaligus beralih kepada pembunuhan kemalangan jalan raya yang dirancang pada 22 Mei 2018.

Dari segi pembayaran, servis yang dijalankan Camorra Hitmen ini turut menerima Bitcoin dimana Allen Vincent menggunakan medium ini untuk memindahkan wang secara tertutup sebanyak SGD8,000 (RM24,206).

bitcoin-price-milestone-transaction
Sumber: The Independent

Walau bagaimanapun, insiden kemalangan jalan raya yang dirancang ini ternyata sudah diketahui 10 hari lebih awal oleh Ministry of Foreign Affairs (MFA) Washington Mission oleh wartawan CBS dimana pengupahnya berada di Singapura merujuk kepada Vincent Allen.

Bagaimana wartawan CBS ini memperoleh info masih lagi misteri serta tidak dikongsikan kepada umum.

Mengetahui mengenai insiden ini bakal perlu, pihak polis Singapura telah menjalankan kerja dengan lebih awal dengan menahan Allen Vincent serta mengarahnya untuk menghentikan rancangan yang terkutuk ini. Beliau juga diminta mengeluarkan kembali kriptowang Bitcoin miliknya untuk mengelakkan daripada insiden ini berlaku.

Menurut Straits Times, Allen Vincent Hui Kim Heng telah mengaku bersalah pada 17 Julai lalu dan bakal dibawa ke muka pengadilan dimana beliau mungkin dikenakan hukuman bunuh atau penjara sehingga 7 tahun. Beliau dijangka hadir kembali ke muka pengadilan pada 4 September ini.

Sumber