Kota cinta Venice! Casanova lakonan mendiang Heath Ledger, tahun 2005. Latar belakang cerita itu berdasarkan kota Venice begitu juga cerita ‘The Tourist’ lakonan Johnny Depp dan Angelina Jolie, membuatkan diri ingin melihat sendiri keindahan kota Venice.

Pasti anda tertanya-tanya, apa yang menarik tentang Venice. Di sini saya kongsikan apa yang menarik di Venice beserta gambar:

1) Saya syorkan anda untuk tinggal di Venice Mestre tidak jauh daripada pulau venice, kos yang kami habis sekitar €17 semalam di hostel Anda
*Nota: hostel dalam 500m ke Venice Mestre Train Station

2) Terdapat kedai halal di Venice Mestre, dan jangan terkejut jika ada sijil halal tapi menjual arak kerana itu adalah cara mereka

3) Boleh naik train ke Venice Island sekitar €1.30 sahaja sehala beli di mesin tiket

4) Pada yang datang bersama pasangan, berbelanjalah sikit untuk naik gondola sekitar €80 , untuk mencipta memori bersama. Jika anda kata mahal, penat juga hendak menolak gondola itu menggunakan batang kayu

11

13

5) Kena pandai baca selok belok di Google Maps, pasti tidak akan sesat

6) Tiada masalah berkaitan mafia di Venice

7) Kalau lapar boleh beli buah-buahan di supermart atau pasar

mafia

12

8) Ada ‘fish and chips’ depan kedai Hard Rock bertentangan boleh cuba di situ

9) Ambil masa sehari untuk explore kota Venice ini

10) Jika datang ke Venice, mesti beli baju Hard Rock di sini, kena jalan jauh sedikit ke centre, tetapi jika tidak mahu berjalan dan menaiki feri di depan pintu masuk

11) Sila berhati-hati di Venice kerana terdapat juga kegiatan ‘pickpocket’ di sana, mata perlu fokus.

67451431_2547963335267462_3241952945515790336_n

67479791_2547963955267400_6576672086499000320_n

68365430_2547964015267394_3688027858036326400_n

Memang cantik dan berbaloi untuk ke sini. Harapnya dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda jika mahu melancong ke Venice nanti.