Dompet digital sememangnya memudahkan pelbagai urusan transaksi seharian tanpa perlu sentuhan fizikal. Bagaimanapun, para pengguna pula terdedah dengan penipuan dalam talian yang mampu menyebabkan kerugian besar menerusinya.
Menerusi ciapan akaun @lookskywalker, beliau telah berkongsi insiden baki wang di dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet telah digodam. Malah, beliau sangat bingung kerana transaksi sejumlah RM1,500 berjaya memintas sistem sekuriti yang ditetapkan dengan mudah.

Baca Juga:
- Taktik Scammer Ini Dapatkan Makanan Secara ‘Percuma’ Bikin Penjual Makanan Berang
- Sekadar Guna Resit Palsu, Tindakan Lelaki Ini ‘Perdaya’ Scammer Buat Netizen Puas
9/12/2022, 10 malam
Aku dapat text message dari nombor automated yang nampak biasa ada link touchngo so tekan lah ingatkan betul pic.twitter.com/zwoi0aMsJp— AR ッ (@loookskywalker) December 15, 2022
Insiden ini bermula apabila beliau menerima satu mesej automasi yang mengandungi pautan yang dikatakan untuk menyemak status Bantuan Keluarga Malaysia. Beliau lalu menekan pautan tersebut kerana disangka adalah benar.
Selang beberapa saat, beliau mendapat notifikasi OTP dan MAE yang mengatakan TNG e-Wallet miliknya telah ditambah nilai. Beliau yang merasa tidak senang dengan perkara tersebut lantas menyemak aplikasi TNG e-Wallet lalu menukar pin sekuriti secepat mungkin.
Time tu aku dah rasa ada benda tak betul so aku cepat cepat bukak touchngo e-wallet terus tukar security pin tapi malangnya selaju laju jari aku laju lagi scammer dia dah tolak dekat 1k+ so ada balance 500 dalam e-wallet yang still terselamat pic.twitter.com/YmynkgZS9i
— AR ッ (@loookskywalker) December 15, 2022
Malangnya, penipu itu berjaya menggodam sejumlah RM1,000 dan hanya sempat menyelamatkan baki RM500 di dalam akaun TNG e-Wallet. Selepas insiden tersebut, beliau terus menelefon pihak bank untuk menyekat akaun dan pergi membuat laporan polis di balai berdekatan.
Beliau menambah lagi bahawa akaun TNG e-Wallet miliknya telah ditetapkan pada auto debit sewaktu insiden berlaku meskipun pada asalnya tidak membuat tetapan sedemikian. Hal ini sekaligus memudahkan lagi suspek untuk menggodam wang pada akaun miliknya.
Dalam pada itu, beliau juga masih tidak berpuas hati bagaimana Touch ‘n Go masih tidak mempunyai talian bantuan 24 jam untuk kes penipuan sedemikian. Selain itu, agak mengejutkan juga melihat tiga transaksi besar boleh dilakukan sekaligus menerusi Touch ‘n Go dengan sebegitu mudah walaupun mempunyai ciri sekuriti.
Bukan itu sahaja, beliau juga tidak mendapatkan semula wang yang telah digodam walaupun mempunyai maklumat lengkap berkenaan insiden tersebut. Lebih teruk lagi, talian bantuan pula mengambil masa yang lama sebelum boleh dihubungi untuk menyelesaikan isu yang berlaku.
Konklusinya, anda perlu berhati-hati dengan mesej yang diterima dan sama sekali jangan menekan pautan yang tidak diketahui sumbernya. Rata-rata kes kecurian berlaku disebabkan oleh pautan yang diklik mempunyai perisian hasad yang boleh mengakses sekuriti peranti anda tanpa di sedari.