Apa yang menimpa Datuk Red baru baru ini telah membuatkan ramai simpati dengannya, namun tidak untuk seorang individu yang mendakwa dia masih marah dengan Datuk Red yang menipu ibunya.

Datuk Red dan Adira bercerai baru baru ini. Datuk Red yang sudah muflis telah mencari pekerjaan dengan meminta bantuan netizen.

Baca Juga:

Itulah sebabnya ramai yang kasihan dengan Datuk Red. Tetapi seorang lelaki menerusi TikTok menyatakan bahawa dia masih lagi marah apabila melihat Datuk Red.

Ini kerana Datuk Red pernah menipu ibunya dalam pembelian tanah pada tahun sekitar 2015 dan 2016.

Ibunya telah ditipu RM60,000 kerana percaya dengan tawaran tanah harga mampu miliki di Hulu Langat, Selangor.

Lebih menyedihkan, ibunya sanggup menggunakan wang persaraannya, iaitu wang KWSP untuk membeli tanah di situ dan akhirnya hangus begitu sahaja.

Lelaki tersebut menegaskan bahawa bukan ibunya seorang sahaja yang terkena, lebih ramai lagi yang menjadi mangsa. Dengan wang mereka sampai ke hari ini mereka tidak tahu ke mana wang itu.

Dipetik dari laman Oh Bulan, lelaki itu berkata: “Apabila dengar namanya, teringat keluarga saya kena tipu dengan syarikat dia urusan beli tanah dekat Hulu Langat.Masa itu tanah tersebut berharga dalam lingkungan RM60,000. Mak saya keluarkan duit KWSP untuk bayar secara tunai dekat syarikatnya.”

Kemudian Lelaki itu pernah berjumpa sendiri dengan pihak Datuk Red. Dan dia menjelaskan masih intat reaksi Adira pada masa itu yang bengang dan melenting dengan mereka.

Kes itu sudah menjadi kes polis. Dia terkenang balik peristiwa sakit itu yang masih membekas gara gara kisah Datuk Red dan Adira yang tular pada ketika ini.

Akhir sekali dia menyatakan: “Mungkin komen orang dekat Datuk Red sekarang yang baik-baik tapi buat kami orang biasa tak berduit, habis macam itu sahaja. Bayangkan 200 orang bayar RM55,000 seorang. Korang darab sendiri.”

@rajakuatmakan88

kes tanah di hulu langat semungkis , mungkin tidak kene dekat family korang , tapi kene dekat family saya sumpah terkesan ..

♬ original sound – RAJA Q | KUAT MAKAN – RAJA Q | KUAT MAKAN

Lelaki itu juga meminta ahli keluarga mangsa penipuan tanah tersebut agar tampil. Kerana ada ibu bapa mereka yang sudah meninggal dunia tanpa mendapat semula wang atau tanah yang dijanjikan.