Dalam ekonomi yang serba mencabar ini, siapa yang tidak mahu duit ‘beranak’ dengan cepat?
Namun, baru-baru ini tular satu tawaran yang dianggap ‘terlalu indah untuk jadi kenyataan’ apabila seorang lelaki mempelawa peniaga Bazar Ramadhan untuk melabur dengan janji pulangan modal (ROI) melampau.
“Ada sapa2 berniaga bazar ramadhan ke. Tak kisah jual air atau makanan yang perlukan modal.. Saya boleh bagi RM2,000,” tulisnya.
Namun, apa yang mengejutkan apabila dia mendakwa mahu pulangan modal setinggi 80% daripada pelaburan yang diberikan.

Dalam erti kata lain, dia akan menerima RM1,600 keuntungan dari ROI 80% dan jumlah keseluruhan bersama modal adalah RM3,600.
Bukannya mendapat sokongan, tawaran itu sebaliknya dihujani ‘peluru’ kritikan oleh netizen yang menyifatkan ia sebagai taktik yang tidak masuk akal.
Malah, netizen menyamakan tawaran ini seumpama majikan yang sedang mencari pekerja pula kerana tidak berbaloi dengan susah payah mengendalikan perniagaan tersebut.
“ROI u sepatutnya 20% je choi. Tak beragak guna tenaga org nak 80%.”
“Nie kalau orang yang desperate tak tahu apa main accept je term nie.. aiyoo tak baik lah.”
“Lah modal RM 2,000 ja tapi nak ROI 80%? Letak la lebih sikit, jangan kedekut sangat. At least letak la RM 2,000,000 baru boleh demand ROI 80%,” demikian antara komentar yang membidas tawaran yang ‘gila’ itu.