Seorang lelaki terkejut besar apabila kisah cintanya bertukar menjadi mimpi ngeri selepas bertemu “wanita” yang dikenalinya secara online.
Menurut laporan, lelaki tersebut berkenalan dengan seorang wanita dari Rusia dan mereka berhubung untuk tempoh yang agak lama sehingga jatuh cinta.
Lelaki tersebut benar benar cintakan ‘wanita’ yang dia kenali itu. Selalu membelikannya barang secara online, malah memberikannya wang untuk dibelanjakan.
Akibat kedua duanya sudah terlalu mencintai, mereka kemudian merancang untuk bertemu di sebuah negara lain bagi bercuti bersama.
Namun, keadaan mula mencurigakan apabila “wanita” itu meminta untuk terus berjumpa di hotel dan tidak mahu berjumpa dengannya di luar.
Rasa curiga mendorong lelaki tersebut untuk memeriksa pasport individu berkenaan kerana dia mulai mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati jantina dalam pasport tertera sebagai “lelaki”.
Rupa-rupanya, individu tersebut bukanlah wanita seperti yang disangka, sebaliknya seorang lelaki dari Uzbekistan dikenali sebagai Abdul Baqir yang menyamar dengan berpakaian wanita lengkap dengan solekan.
A man met a Russian woman, talked with her for a long time, fell in love with her, and they planned a vacation in another country to meet.
The woman wanted to meet her directly at the hotel, but the man, suspicious,
peeped to check her passport. When he opened it, he received… pic.twitter.com/dI1ZNAzFp9
— Middle East News (@MiddleEast_Eng) May 3, 2026
Insiden itu dirakam dan tular di media sosial, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang menganggap kejadian ini sebagai peringatan agar lebih berhati-hati dalam perkenalan atas talian, manakala sebahagian lain melihatnya sebagai kisah penipuan identiti yang semakin berleluasa.