Pada hari semalam tular satu klip video menunjukkan seorang ‘lelaki sado’ memukul penunggang motosikal beberapa kali. Orang ramai menggesa agar suspek ditahan dan dikenakan tindakan.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah memberkas tiga lelaki termasuk seorang daripadanya yang tular membelasah seorang pemuda di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, di sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kesemua suspek yang berusia 28 hingga 39 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 6.30 petang sekitar daerah ini.

Menurut kenyataan rasmi Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau dadah.

“Ujian saringan mendapati suspek utama berusia 39 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini,” katanya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kertas siasatan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Terdahulu seorang pemuda cedera di bibir, tulang rusuk dan kaki selepas dipukul dan ditendang pembuli jalanan kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam, mangsa yang berusia 21 tahun turut mengalami kerugian sebanyak RM250 apabila ‘cover set’ motosikalnya rosak akibat ditendang suspek.