Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, wanita semestinya mahukan calon suami yang kaya atau bergaji besar kerana bakal menjamin sekuriti mereka dalam jangka masa panjang.

Tambah pula, sebelum ini pernah tular tentang pendapat wanita tempatan yang mahukan bakal suami sekurang-kurangnya memiliki gaji sekitar RM9,000. Para lelaki tempatan lantas meluahkan rasa kecewa dengan standard tangga gaji yang begitu tinggi ditetapkan oleh wanita tempatan.

Namun, kekecewaan ini bakal berakhir buat para lelaki tempatan selepas tular sebuah temubual seorang wanita Rusia yang sedia mengahwini bakal suami dengan tangga gaji yang lebih ‘logik’.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @spstreetstory, gadis tersebut memberitahu jumlah gaji pasangan tidaklah begitu dipandang wanita-wanita di negara itu.

Bagi mereka, ia sudah memadai jika gaji yang diperolehi oleh seseorang lelaki itu cukup untuk menampung segala perbelanjaan untuk menjalani kehidupan sebagai pasangan.

Selepas itu, gadis berkenaan berkongsi anggaran pendapatan yang dianggap sesuai oleh wanita di Rusia iaitu sekitar $500 atau bersamaan RM2,353.

Tambah gadis itu lagi, seorang lelaki yang ingin mengahwini gadis Rusia juga harus memberi sedikit wang kepada keluarga bakal isteri sebanyak $200 (~RM942.40) yang mana kebanyakan duit ini juga akan digunakan semula untuk majlis perkahwinan.

“Selalu untuk majlis perkahwinan pihak lelaki yang akan membayarnya. Sebagai contoh, rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini. Bakal suaminya akan bayar kos majlis perkahwinan.

“Untuk majlis kecil yang melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, ia bernilai $700 (~RM3,298.40),”kongsinya lagi.

Menariknya, gadis tersebut turut mendedahkan bahawa rata-rata pengantin lebih selesa menghabiskan wang untuk honeymoon. Jadi, kebiasaanya majlis perkahwinan  akan dibuat ala kadar sebagai meraihkan hari bermakna buat pasangan masing-masing.

@spstreetstory

How much money does a man need to marry a Russian woman?..

♬ original sound – SP STREET STORY – SP STREET STORY

Perkongsian video itu sememangnya menarik perhatian warga tempatan dan rata-rata netizen dari kalangan lelaki meluahkan rasa gembira dengan respons gadis Rusia di dalam temu bual itu.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Bahkan, ramai berseloroh dengan mengatakan masing-masing bakal berkerja keras untuk menghalalkan jodoh yang berada di sana.