Malaysia yang kini berada di fasa peralihan ke endemik menyaksikan perubahan gaya hidup dan tabiat rakyat supaya dapat disesuaikan dengan norma baharu.
Pelbagai aktiviti terpaksa dihadkan dan ditukar cara misalnya mencuci pakaian secara kerap bagi mengelakkan penyebaran virus melalui udara, berhibur di rumah bagi mengurangkan sentuhan fizikal dan banyak lagi.
Memahami hal itu, peneraju elektrik terkemuka, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (SHARP) memperkenalkan barisan produk Penyelesaian Hidup Norma Baharu (New Norm Living Solutions).
Ia merangkumi penyelesaian penyimpanan, sistem hiburan rumah audio-visual, pembersihan udara dan peralatan pensterilan pakaian.
Pembersihan menyeluruh
Kebersihan semestinya menjadi keutamaan rakyat Malaysia ketika ini, justeru SHARP memperkenalkan produk di bawah kategori Penyelesaian Pembersihan iaitu Mesin Basuh Pengering Pencuci Depan Pro-Flex.
Mesin Basuh Pengering Pencuci Depan Pro-Flex mengekalkan pakaian anda supaya kering, bersih dan tidak berbau hanya dalam 10 minit dengan mod Basuhan Kering Ion Plasmacluster serta teknologi J-Tech Inverter.
Datang dengan reka bentuk anggun yang memenangi Anugerah Reka Bentuk iF, ia turut dilengkapi fungsi wap dan bau serta panel kawalan skrin sentuh yang besar dengan reka bentuk pemegang kecondongan 18 darjah.
Penyelesaian Penyimpanan
Memandangkan rakyat Malaysia sudah terbiasa menyediakan hidangan di rumah dan menyimpan stok makanan kerana aktiviti membeli-belah secara fizikal terpaksa dihadkan, SHARP tampil dengan Penyelesaian Penyimpanan bagi menampung keperluan berkenaan.
Produk utama yang tersenarai di bawah Penyelesaian Penyimpanan ini adalah penyejuk beku terbesar di pasaran, Peti Sejuk Dua Pintu Pelican dan ketuhar mudah selenggara dan mesra pengguna, ketuhar gelombang mikro mekanikal.
Peti Sejuk Dua Pintu Pelican bukan sahaja mempunyai ruang paling besar untuk lebih simpanan, malah dilengkapi teknologi pembekuan dalam serendah -24 darjah celcius untuk mengekalkan kesegaran makanan dalam jangka masa yang lebih lama.
Ia juga dilengkapi beberapa lagi fungsi dan teknologi hebat seperti pembekuan ekspres yang mampu menghasilkan ais dalam masa hanya 120 minit, penyusun pembekuan memastikan barangan sejuk beku tersusun dan mudah dibersihkan.
Selain dilengkapi ruang sayur Moisture Shield bagi mengurangkan suhu turun naik dan mengoptimumkan kandungan lembapan untuk kesegaran makanan yang lebih lama, ia juga hadir dengan teknologi ion plasmacluster yang menggunakan ion positif dan negatif bagi memastikan makanan bebas daripada pencemaran.
Hiburan di rumah
Menggantikan hiburan di panggung wayang, SHARP memperkenalkan AQUOS THE SCENES 4K Android TV yang menawarkan kualiti gambar dan penstriman TV lebih tinggi serta baik untuk tontonan seisi keluarga di rumah.
Dikategorikan di bawah Penyelesaian Hiburan, ia menawarkan pengalaman hiburan secara visual yang selamat dan menakjubkan dari rumah.
Muat turun aplikasi perkhidmatan penstriman TV seperti Netflix, Disney+ Hotstar dan permainan kegemaran anda daripada Google Play untuk hiburan di skrin besar dan mudah akses daripada skrin utama TV Android.
Memaparkan 4K HDR menggunakan Deep Chroma Display, ia hadir dalam dua saiz iaitu 60 dan 70 inci, dilengkapi X4 Revelation Processor, empat penyambung HDMI 2.1, dua penyambung USB, Chromecast dan hadir dalam versi Android TV 11.
Keperluan dapur
SHARP turut tampil dengan Ketuhar Gelombang Mikro Mekanikal bagi melengkapkan dapur dalam menyesuaikan diri dalam keadaan norma baharu.
Ia mudah diselenggara dan dibersihkan, berkapasiti 20 liter serta hadir tanpa piring putar untuk masakan sekata.
Udara segar
Kategori Pembersihan Udara pula menawarkan dua produk iaitu Penulen Udara Plasmacluster dan Pendingin Hawa J-Tech Inverter Plasmacluster.
Penulen Udara Plasmacluster mampu menapis udara daripada virus berbahaya sehingga 99.7 peratus dengan penapisan tiga langkah pintar dan 25,000 ion plasmacluster berketumpatan tinggi.
Ia turut dilengkapi kawalan pintar AIoT dan mod khas jerebu untuk kesegaran udara dari pencemaran udara sekitar kawasan rumah.
Pendingin Hawa J-Tech Inverter Plasmacluster pula mampu membersihkan udara dari virus dan allergen dengan teknologi ion plasmacluster dan J-Tech Inverter.
Ia seterusnya mampu mengalirkan udara sepanjang 15 meter dengan teknologi Coanda dan turut dilengkapi kawalan pintar AIoT serta mod Super Jet untuk menurunkan suhu bilik sehingga lima darjah celcius dalam masa hanya lima minit.
Saksikan bagaimana SHARP mengubah gaya hidup norma baharu anda melalui barisan produk Penyelesaian Hidup Norma Baharu.
Hadiah percuma
Bersempena perayaan Aidilfitri, SHARP mengadakan promosi Go Sharp Go Raya yang menawarkan produk Future Lab secara percuma dengan setiap pembelian produk daripada barisan Penyelesaian Hidup Norma Baharu.
Antara yang ditawarkan adalah Future Lab Clean Chariot, Set Penyegar Pakaian 3 dalam 1 Future Lab, Berus Gigi Ultrasonic Future Lab, Future Lab Techasleep Diffuser dan Sikat Ion Future Lab.
Pelanggan yang sudah membuat pembelian hanya perlu mengimbas kod QR dan memuat turun aplikasi Cocoro Life, daftar sebagai ahli, muat naik e-waranti atau bukti pembelian dan sahkan untuk menebus hadiah percuma.
SHARP turut memberikan sampul raya buat pelanggan yang membeli produk daripada barisan Penyelesaian Hidup Norma Baharu ini.
Tambah kemeriahan anda Raya kali ini dengan produk daripada barisan Penyelesaian Hidup Norma Baharu dan sertai kempen Go Sharp Go Raya untuk mendapatkan produk Future Lab secara percuma.
Layari laman web Cocoro Life untuk maklumat lanjut mengenai promosi Go Sharp Go Raya.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
‘Sekali Gunting RM500’ – Netizen Terkejut Dengan Harga Potongan Rambut Di Salun Mewah Ini