Sebanyak 25 pasukan bakal berentap dalam aksi kelayakan Liga Premier bagi saingan Liga Futsal IPT 2026 yang akan berlangsung pada 19 hingga 22 April di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Untuk rekod, Liga Premier merupakan lapisan kedua dalam struktur Liga Futsal IPT, berada tepat di bawah Liga Super yang menghimpunkan pasukan terbaik di peringkat universiti.
Kejohanan kelayakan ini menjadi medan penting buat pasukan IPT untuk merebut tempat ke saingan Liga Premier musim ini.
Format pertandingan menyaksikan empat pasukan yang melepasi pusingan suku akhir akan layak secara automatik ke Liga Premier.
Sementara itu, pasukan yang tewas di peringkat suku akhir masih mempunyai peluang kedua apabila akan berentap dalam aksi playoff bagi merebut satu lagi slot terakhir.
Secara keseluruhan, lima pasukan akan berjaya melayakkan diri ke Liga Premier.

Senarai Pasukan Bertanding Kelayakan Liga Premier Liga Futsal IPT 2026:
Kumpulan A
1) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu
2) Multimedia University (MMU)
3) USM
Kumpulan B
1) UiTM Negeri Sembilan
2) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
3) International Islamic University Malaysia (IIUM)
Kumpulan C
1) UiTM Pahang
2) German-Malaysian Institute (GMI)
3) UiTM Kedah
Kumpulan D
1) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
2) Unitar College (UC Kuantan)
3) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Kumpulan E
1) Kolej Komuniti Malaysia (KK Malaysia)
2) Universiti Utara Malaysia (UUM)
3) Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT)
Kumpulan F
1) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
2) Universiti Islam Selangor (UIS)
3) Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
Kumpulan G
1) IIUM Kuantan
2) University College TATI (UC TATI)
3) Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu (KPTM KB)
Kumpulan H
1) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
2) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3) Universiti Selangor (UNISEL)
4) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)