Kehadiran dua pengadil dari Jepun, Futoshi Nakamura dan Yusuke Araki dalam saingan Liga Indonesia telah mencuri tumpuan peminat bola sepak Asia Tenggara.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) komited untuk meningkatkan mutu pengadilan dan mereka manfaatkan hasil kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nakamura bertugas ketika perlawanan Persib Bandung menentang Persik Kediri manakala Araki mengendalikan perlawanan panas, Persita menentang Persikabo 1973.

Mereka berdua dibantu oleh beberapa pengadil Indonesia yang turut memiliki lesen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Exco PSSI, Arya Sinulingga menjelaskan kehadiran pengadil tersebut merupakan peluang untuk pengadil Indonesia mempelajari sesuatu dari segi kawalan perlawanan dan membuat keputusan yang tepat.

“Ini sebenarnya sudah lama kerana hasil kerjasama JFA dengan PSSI. Kita tahu wakil jawatankuasa pengadil dari Jepun.

“Jadi, kita mencuba, membandingkan dan belajar sesuatu daripada pengadil Jepun yang kita jemput ke Indonesia,” kata Arya.

Bagaimanapun, kehadiran pengadil itu tidak lama kerana mereka hanya bertugas untuk dua perlawanan sahaja.

“Ini hanya dua perlawanan percubaan sahaja untuk pengadil dari Jepun. Bukan kita tak percaya dengan pengadil tempatan, tetapi ini bentuk kerjasama JFA dan PSSI.

“Semoga dengan cara ini, kita akan dapat menjemput lebih ramai pengadil luar dalam Liga Indonesia,” tambahnya.

Yusuke Araki pernah menjadi pengadil perlawanan Indonesia menentang Vietnam ketika saingan Piala AFF. Araki cukup berpengalaman di pentas antarabangsa dan beliau pernah menjadi pengadil perlawanan persahabatan FIFA, England menentang Costa Rica.