Liga Super Malaysia kini menjadi liga ketiga paling tua menurut Transfermarkt.
Transfermarkt mengeluarkan senarai 20 liga veteran di seluruh dunia berdasarkan purata umur.
Statistik tersebut menyaksikan Liga Super Malaysia hanya berada di belakang Gozo League Malta (purata umur 29.7 tahun), dan Liga Guate di Guatemala (purata umur 27.9 tahun).
Di bawah Liga Super Malaysia adalah Liga Super China dengan purata umur 27.7 tahun.
Sementara itu Liga Thailand pula berada di kedudukan ke-16 di dalam senarai.
Liga Super Malaysia ketiga
Liga Super Malaysia mencatatkan purata umur 27.9 tahun di dalam senarai tersebut.
Di dalam senarai 20 liga paling veteran itu, terselit 1 liga utama Eropah iaitu Serie A yang berada di kedudukan ke-11 dalam senarai dengan purata umur 27.4 tahun.
Berikut adalah senarai penuh 20 liga paling tua di dunia menurut statistik dikeluarkan Transfermarkt.

Menurut kajian, salah satu sebab kenapa sesebuah liga itu berdepan dengan masalah purata umur yang tinggi adalah kepercayaan banyak pasukan ke atas pemain berpengalaman.
Selain, bantuan Sains Sukan juga membantu memanjangkan lagi hayat karier pemain pada hari ini.
Banyak pasukan memilih untuk mengambil pemain yang berusia namun berkualiti kerana harga pasaran dan permintaan gaji yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan ‘peak player’.
Namun harus juga diakui bahawa, isu berkaitan dengan status ekonomi sesebuah liga juga mempengaruhi lambakan kuda tua ini.
Banyak liga menjadi tempat persaraan untuk pemain pemain yang sudah berusia.
Ditambah dengan kurangnya produk akademi, atau kurangnya akademi di sesebuah liga itu membuatkan perkara ini berlaku.