Beberapa hari selepas dikira kalah 0-3 kerana gagal menurunkan pasukan beraksi menentang Negeri Sembilan, hari ini pasukan KL City menjadi perhatian sekali lagi.
Terbaru, skuad Ibu Kota itu hanya mampu menurunkan 10 pemain sahaja dalam kesebelasan utama mereka. Ini kerana tidak cukup pemain.
Seterusnya hanya ada seorang pemain simpanan yang mereka daftarkan untuk perlawanan ini.
Sebelum ini KL City mendedahkan bahawa 13 pemainnya dijangkiti oleh Influenza. Namun kemudian MFL menolak untuk menunda aksi tersebut, dan memberikan Negeri Sembilan kemenangan 3-0.
KL City turut dikenakan denda RM50,000 kerana kesalahan tersebut.
MFL turut mengesahkan KL City meminta aksi menentang Kuching City ditangguhkan. Permintaan itu ditolak oleh MFL. Dan KL City diberikan amaran akan dikenakan tindakan yang sama jika mereka gagal menurunkan skuad mereka sekali lagi.
Malaysian Football League (MFL) kemudian meluluskan permohonan khas Kuala Lumpur City FC untuk mendaftarkan minimum 12 pemain bagi aksi Unifi Liga Super 2026-2027 menentang Kuching City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Kelulusan itu diberikan susulan masalah pendaftaran pemain KL City selepas kelab berdepan Larangan Pendaftaran Pemain oleh FIFA akibat beberapa kes tunggakan bayaran melibatkan bekas pemain.
Dalam surat bertarikh 26 Ogos 2026, KL City memaklumkan mereka telah menyelesaikan tunggakan kepada tiga bekas pemain import. Bagaimanapun, kelab masih menunggu kelulusan FIFA untuk menarik balik larangan tersebut.
Sekiranya larangan itu masih berkuat kuasa sebelum sepak mula, KL City dibenarkan mendaftarkan sekurang-kurangnya 12 pemain untuk perlawanan berkenaan.
MFL turut mengingatkan KL City supaya segera melengkapkan proses pendaftaran pemain dan memastikan skuad mereka dipenuhi sebelum tarikh tutup pendaftaran pertama Liga Malaysia pada 3 September 2026.
Tetapi dalam perlawanan ini, mereka hanya 10 pemain yang berada dalam kesebelasan utama. Dan seorang sahaja pemain simpanan.
10 lawan 11, 1 simpanan. KL City sah turun beraksi bertemu Kuching City! 🔛@ASTROARENA pic.twitter.com/JuOCBtOdKD
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 26, 2026