Dalam aksi Piala Dunia Kelab 2025, pemain Real Madrid, Antonio Rudiger jadi mangsa perkauman daripada pemain Pachuca.
Rudiger mendakwa, pemain tersebut memanggilnya monyet sebanyak 2 kali. Ianya adalah rasis dan berbaur ejekan perkauman.
🚨Gustavo Cabral, jugador argentino del Pachuca, insultó a Rudiger de forma racista en pleno partido.
Le llamó "mono" en su cara en dos ocasiones.
El jugador avisó al árbitro brasileño que aplicó el protocolo y el incidente será investigado por FIFA.pic.twitter.com/hfTJsK0M25
— CR7STIANISMO🇪🇸🇵🇹 (@Cr7stianismo_) June 22, 2025
Pengadil kemudian memberikan isyarat protokol anti perkauman dengan isyarat menyilangkan tangannya. Protokol itu antara protokol baharu diperkenalkan FIFA.
Di mana pengadil akan menghantar isyarat kepada pegawai perlawanan yang lain terutama sekali komisioner perlawanan bahawa dia sedang dalam proses untuk menyelesaikan isu yang berkaitan ketegangan berbaur perkauman.

Pengadil akan mendengar penjelasan atau aduan daripada pemain dan akan berhubung dengan pegawai perlawanan lain.
Pada masa yang sama pegawai perlawanan juga akan sedia untuk membantu pengadil mengawal keadaan dan mengambil tindakan yang perlu.
Posts from the soccer
community on Reddit
Terdapat 3 langkah dalam protokol ini. Pengadil akan menghentikan perlawanan. Kemudian menunda seketika sambungan aksi perlawanan.
Jika masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan, maka perlawanan boleh dihentikan untuk tindakan seterusnya.
@thevllogs O que significa esse jesto misterioso que o juiz fez? #realmadrid #rudiger #pachuca #racismo #futebol #futebolbrasileiro #tiktokesportes
Insiden itu kemudian dapat dikawal, dan aksi disambung smeula. Real Madrid menang 3-1 dalam perlawanan tersebut. Dan ketika wisel penamat, pemain pemain kedua dua pasukan sekali lagi menunjukkan rasa tak puas hati.
⚠️ Tensión al final del partido: Rudiger y Cabral se enfrentan tras el pitazo final 😡
🎥 Joel del Río#pachuca #realmadrid #rondon #vinicius #xabialonso #pachucavsrealmadrid #futbol #fifa #marcaamerica #marcamexico pic.twitter.com/wltPY8UYQj
— MARCA América 🇲🇽 (@MarcaMexico_) June 22, 2025
Alonso percaya Rudiger jadi mangsa perkauman
Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso percaya bahawa Rudiger sudah menjadi mangsa ejekan rasis dan mangsa perkauman.
“Itu yang Rudiger kata, dan kami percayakan dia. Ianya sangat penting untuk tidak bertolak ansur langsung ke atas situasi seperti ini. FIFA sekarang sedang menyiasat. Dan itu sahaja yang saya boleh katakan,” tegas Alonso.
Pemain Pachuca, Cabral kemudian mempertahankan tindakannya. Kerana menurutnya, dia tidak bersikap rasis kepada Rudiger.
“Perkataan itu biasa kami guna di Argentina ketika bertengkar. Saya panggil dia pengecut yang berperangai teruk, tak ada langsung saya cakap benda rasis,” tegas Cabral.
👀 Cabral de su versión de lo que sucedió con Rüdiger
🎥 Joel del Río#pachuca #realmadrid #rudiger #cabral #pachucavsrealmadrid #futbol #fifa #marcaamerica #marcamexico pic.twitter.com/ta4DtQJ7O9
— MARCA América 🇲🇽 (@MarcaMexico_) June 22, 2025