Coca-Cola atau lebih dikenali Coke merupakan minuman bikarbonat kegemaran ramai terutama sekali nikmati Coke sambil makan ayam goreng. Memang ‘kick’!
Terbaharu, kafe yang berkonsepkan Coke telah dibuka di Toppen Shopping Center, Johor Bahru dan pastinya akan menarik ramai orang untuk ke sini. Andai kata anda ingin tonton wayang, anda boleh singgah dahulu ke kafe ini kerana ia berada di pawagam TGV di sana.
Dapat dilihat konsep rekaan yang ditampilkan adalah mengetengahkan restoran ala Amerika pada tahun 1950. Malah, warna yang dipilih untuk kafe ini adalah merah dimana warna ‘signature’ untuk Coca-Cola.
Warna dan rekaan yang ditampilkan cukup ‘eye-catching’ dan anda yang kaki foto memang akan menyukai tempat ini. Almaklumlah untuk bergambar agar boleh dikongsikan di media sosial.
Selain itu, terdapat jukebox di kafe ini yang pastinya membawa anda ke masa zaman dahulu dimana anda perlu masukkan duit syiling untuk mendengar lagu kegemaran anda.
Difahamkan, kafe ini menjual Coke, popcorn, aiskrim dan coklat. Anda juga boleh mengecas telefon bimbit anda dan melayari Internet menggunakan wifi secara percuma.
Adakah anda teruja untuk terjah ke kafe ini? Untuk pengetahuan anda, kafe ini dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menarik, bukan? Anda ingin ke Johor Bahru tetapi tidak tahu ingin ke mana bolehlah klik pautan di bawah untuk ketahui destinasi pilihan lain.
‘Dinosaur Kingdom’ Tarikan Terbaru Di Puteri Harbour, Johor Bahru
Taman Tema Tertutup Terbesar Asia Tenggara Bakal Dibuka Di Johor
Country Garden Johor, Pilihan Percutian Mewah Berdekatan Pantai Danga Bay