Ketika zaman belajar, pengangkutan pilihan ramai pelajar adalah bas kerana tambangnya yang murah. Setiap daripada anda mesti ada memori suka duka bersama rakan-rakan dalam bas.
Bagi penuntut di Universiti Malaya, mungkin ada yang ingin mengimbau kembali saat bersama rakan-rakan menaiki bas untuk ke kelas. Kini, anda boleh untuk melakukan perkara tersebut dan juga bermalam dalam bas.
Terbaharu, Rumah No.2, Universiti Malaya telah berkongsi tranformasi bas terbiar milik universiti tersebut menjadi sebuah penginapan yang nampak mewah. Masih mengekalkan struktur luar bas, pasti akan mengamit memori anda sepanjang anda belajar di sana.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1416261771893132&type=3
Kita lihat keadaan bas terbiar dan saat-saat sebelum di transformasi menjadi sebuah penginapan yang selesa. Ayuh lihat gambar-gambar ia.
Mesti anda sudah tidak sabar melihat hasil ‘makeover’ bas ini, bukan? Jika sudah sedia, jom kita lihat hasilnya.
Dapat dilihat rekaan yang diketengahkan cukup simple dan just nice buatkan anda rasa seperti berada di rumah. Keseluruhan rekaan menggunakan rona warna yang lembut membuat ruang kelihatan kemas dan luas.
Lengkap dengan penghawa dingin, katil bersaiz queen, tempat penyangkut baju, dapur, kerusi dan meja pastinya satu tempat penginapan yang anda boleh pertimbangkan untuk ‘staycation’.
Kerusi dan meja dalam bas membolehkan anda menjemput rakan-rakan untuk perjumpaan kecil berkongsi kisah lucu ketika zaman belajar. Anda juga akan dihadiahkan dengan pemandangan penuh kehijauan pokok-pokok yang membuatkan anda bersama rakan-rakan seperti sedang ‘road trip’ ke destinasi tidak diketahui.
Buat anda yang ingin menginap di sini, anda boleh membuat tempahan di laman sesawang ini dan harga penginapan bermula dari RM90 sahaja. Tunggu apa lagi? Mungkin transformasi bas ini dapat menjadi ilham kepada anda di luar sana untuk tampil kreatif mengubahsuai kenderaan terbiar anda menjadi sebuah penginapan.
Kami ingin kongsikan kepada anda beberapa penginapan AirBnb unik yang mungkin anda ingin cuba. Klik sahaja pada pautan di bawah ini.
Airbnb Tawar Penginapan Di ‘Hotel Kentang Idaho’ Yang Sangat Unik
Penginapan ‘Unik’ Airbnb Di Petaling Jaya Ini Tawar Pengalaman Realiti Kehidupan Miskin Bandar
‘Mushroom Dome Cabin’, Penginapan Airbnb Paling Terkenal Di Dunia