Lima pemain bola sepak negara telah dipilih menyertai skuad ASEAN All Stars yang akan menentang, Manchester United, dalam perlawanan Maybank Challenge Cup yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini.
Dengan Malaysia menjadi tuan rumah buat acara paling terbesar tahun ini, nyata pemain negara bakal menjadi tumpuan tatkala mereka bakal berjuang bersama bintang serantau dan antarabangsa.
Baca Juga:
- TERKINI: Bruno Fernandes Sedia Tinggalkan Manchester United Selepas Kekalahan Di Final UEL
- Tewas Dalam Final Europa League, Manchester United Bayar Denda Kepada Adidas
- Ong Kim Swee – ‘ASEAN All Stars Lawan Man United Hanya Aksi Pertunjukan’
Lima Pemain Negara Sertai ASEAN All Stars
Pemain Terengganu FC, Muhammad Azam Azmi Murad, akan menggalas tanggungjawab di posisi bek kanan. Beliau dikenali dengan kepantasannya dan keupayaan mengubah corak permainan dari pertahanan ke serangan dengan efektif.

“Ini satu kebanggaan buat saya. Saya akan berikan yang terbaik untuk membuktikan keupayaan bola sepak Malaysia,” katanya.
Pemain sayap Penang FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op, turut terpilih dan dijangka menyumbang kreativiti serta visi serangan. Beliau berkata peluang ini merupakan ruang untuk pemain tempatan menunjukkan kebolehan di peringkat serantau.
Sementara itu, penjaga gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli, akan mengetuai benteng terakhir pasukan. Haziq dikenali dengan ketenangan serta kebolehannya membuat keputusan pantas ketika beraksi di bawah tekanan.

“Beraksi menentang kelab seperti Manchester United merupakan impian saya sejak kecil,” katanya.
Pertahanan KL City FC, Declan Lambert, yang juga pemain kebangsaan sejak 2022, akan mengetuai bahagian pertahanan. Beliau membawa pengalaman beraksi dalam liga tempatan dan antarabangsa.
Penyerang Sri Pahang, Sergio Aguero, melengkapkan senarai lima pemain negara bagi beraksi bersama ASEAN All Stars.

Sejak menyertai Liga Super Malaysia, Aguero dikenali dengan sentuhan penyudah yang tajam dan gerakan tanpa bola yang berkesan.
Kesemua pemain ini akan beraksi di bawah bimbingan jurulatih Kim Sang Sik dari Korea Selatan, yang sebelum ini membimbing Vietnam menjuarai Kejohanan ASEAN 2024.
Penganjur menjangkakan sambutan luar biasa daripada peminat dan menggalakkan orang ramai mendapatkan tiket lebih awal di sini bagi menyaksikan aksi menentang ASEAN All Stars.