Pada tempoh hari lalu, kerajaan sedia mengumumkan berkenaan pelan internet berkelajuan tinggi pada harga berpatutan. Semua pengguna tempatan menyambut berita tersebut dengan gembira.

Selaras dengan insentif tersebut, kini lima syarikat telekomunikasi tempatan pula mengumumkan bakal menawarkan Pakej 5G Rahmah dan Insentif Postpaid untuk penjawat awam masing-masing pada 31 Ogos ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syarikat-syarikat yang bakal terlibat adalah CelcomDigi (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), YTL Communications Sdn Bhd dan U Mobile Sdn Bhd (Umobile. Difahamkan penyertaan kelima-lima syarikat telekomunikasi merupakan usaha menyokong harga jalur lebar berpatutan dan merapatkan jurang digital.

Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan melihat pakej yang disediakan di laman sesawang pihak pengendali perkhidmatan jika berminat. Apa yang pasti, pakej yang ditawarkan sudah pasti lebih berbaloi seperti apa yang dirancang oleh kerajaan.

Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 berserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Sumber