Kecoh baru-baru ini apabila pelakon veteran, Fauziah Nawi tampil mendedahkan kepada umum bahawa gaji DJ radio mempu mencecah RM150,000 sebulan. Malah, beliau turut memaklumkan gaji antara RM5,000 sehingga RM40,000 adalah perkara biasa.

Hal ini sekaligus turut membuatkan para netizen mengaitkan gaji yang diterima DJ Radio dengan kehidupan mewah yang dimiliki mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, terdapat juga netizen yang memetik nama Linda Onn dengan mengatakan beliau pernah mendapat gaji sekitar RM45,000 suatu ketika dahulu.

Perkara ini turut mendapat perhatian Linda Onn yang tampil menafikan pernah menerima gaji sehingga puluhan ribu. Malah, bekas penyampai radio ini memaklumkan gajinya tidak sampai RM10,000.

Menurut Linda, sewaktu zaman beliau bekerja sebagai penyampai radio, meskipun seseorang artis ini memenangi anugerah, gajinya yang diterima tidaklah sampai RM50,000.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menafikan mungkin terdapat penyampai radio yang mempunyai gaji sehingga RM100,000. Namun tidak bagi beliau.

Sementara itu, Linda turut redha dengan soal rezeki serta turut mengucapkan tahniah kepada barisan penyampai radio baharu yang mampu menerima gaji RM50,000 sehingga RM150,000.

Sumber