Pemain tengah Terengganu, Liridon Krasniqi dilaporkan boleh diturunkan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 8 Disember ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana pemain naturalisasi negara itu tidak lagi memegang status senagai pemain pinjaman dari JDT.

Baca Juga:

Tambah Zulhelmi, pihak pengurusan Terengganu tidak mendapat surat penggantungan mengenai Liridon yang mengutip dua kad kuning sebelum ini dan berkemungkinan besar pemain itu bakal diturunkan pada Khamis ini.

Sebelum ini, ramai yang berpendapat Liridon Krasniqi tidak akan diturunkan pada perlawanan akhir ekoran berstatus pemain pinjaman yang mana pemain itu menyertai Terengganu dari JDT secara pinjaman pada awal musim ini.

Liridon membuat kebangkitan musim ini terutamanya dalam saingan Piala Malaysia dimana beliau menjadi salah satu watak penting skuad kendalian Tomislav Steinbrückner pada perlawanan peringkat kalah mati saingan musim ini.

Ketika dua pasukan sedang rancak membuat persiapan, isu padang SNBJ masih membelenggu dimana permukaan pada dilihat tidak rata dan bertampal di beberapa bahagian.

Berbaki dua hari sebelum perlawanan akhir, kerja-kerja membaik pulih padang sedang dijalankan dan perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pengguna Facebook iaitu SiniJa.

PSM sebelum ini memberi jaminan keadaan padang akan kembali pulih selepas digunakan untuk konsert Coldplay dan dapat digunakan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

“Kami akan pastikan permukaan padang Stadium Nasional boleh digunakan untuk final Piala Malaysia nanti. Kami sedar keprihatinan dan kebimbangan yang timbul dan akan segera mengatasi perkara itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi kepada Bernama.