Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi mendedahkan beliau hampir untuk menyertai salah satu kelab dari utara tanah air bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Perkara ini dinyatakan oleh Liridon ketika menjawap soalan peminat menerusi laman media sosial Instagram miliknya yang bertanyakan sama ada beliau berminat sekiranya diberi peluang untuk kembali bersama bekas pasukannya Kedah Darul Aman.
Baca Juga:
- Liridon Krasniqi Mahu Kembali Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan
- Liridon Krasniqi Tampilkan Kelincahan Di Kancah Futsal Jerman
- Selangor, Sri Pahang Antara Empat Pasukan Pilihan Liridon Krasniqi
“Saya akan kongsikan perkara ini sendiri. Hello dan selamat sejahtera kepada semua. Saya mahu berkongsi satu perkara dengan keluarga Kedah saya. Saya sentiasa teruja untuk kembali beraksi bersama Kedah.
“Sebelum saingan musim ini bermula, saya ada berkomunikasi dengan ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Saya beritahu jurulatih yang saya berminat untuk beraksi di bawah bimbingannya. Dia juga memberitahu bahawa gemar dengan apa yang saya ada dan mahu saya berada dalam pasukan.
“Akan tetapi, atas sebab beberapa perkara, saya tidak dapat menyertai pasukan Kedah. Tetapi saya sentiasa bersedia untuk kembali pulang dan membantu pasukan tidak kira apa jua keadaan. Cinta saya terhadap Kedah sama seperti cinta saya kepada keluarga saya.
“Saya memberitahu perkara ini kerana mendapat banyak soalan berkenaan peluang kembali bersama Kedah. Saya ada menerima tawaran dalam beberapa bulan terakhir, dan saya mahu semua pihak tau mengenainya. Semua atas dasar cinta, selamanya Hijau Kuning,” tulis pemain yang mesra dipanggil Matdon ketika menyarung jersi Kedah.

Sebelum ini, Liridon Krasniqi turut menyuarakan hasrat untuk untuk kembali beraksi bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang.
“Sudah pasti saya mahu beraksi bersama skuad kebangsaan. Saya akan kembali dalam masa terdekat. In sha allah,” katanya.
Liridon bergelar ejen bebas apabila beliau tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas beraksi dengan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim lalu.
Bagi mengisi waktu lapang, pemain berusia 32 tahun itu menghabiskan waktu di Jerman dimana beliau terlibat dengan salah sebuah liga futsal di negara itu.
Liridon Krasniqi beraksi dalam sebuah liga futsal yang dinamakan sebagai Ballers League dan saingan tersebut menyaksikan sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dengan Liridon yang juga pernah beraksi bersama kelab Australia, Newcastle Jets itu menyarung jersi Gonrgy Allstars.