Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menghabiskan waktu di Jerman dimana beliau terlibat dengan salah sebuah liga futsal di negara itu.

Liridon bergelar ejen bebas apabila beliau tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas beraksi dengan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya, pemain berusia 32 tahun itu beraksi dalam salah satu saingan liga futsal yang dinamakan sebagai Ballers League.

Saingan tersebut menyaksikan sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dengan Liridon yang juga pernah beraksi bersama kelab Australia, Newcastle Jets itu menyarung jersi Gonrgy Allstars.

Baru-baru ini, Liridon membantu pasukannya menewaskan Protatos dimana beliau menghasilkan jaringan ketiga untuk pasukannya dengan melakukan gelecekan dari tengah padang lalu membuat rembatan kaki kanan untuk menewaskan penjaga gol.

Jaringan tersebut membantu Gonrgy Allstars meraih kemenangan dengan keputusan 7-0 dalam aksi kelapan saingan Ballers League. Ia turut meletakkan mereka di tempat kelapan dalam kalangan 12 pasukan.

Sekiranya Liridon Krasniqi tidak menyertai mana-mana pasukan Liga Malaysia sebelum jendela perpindahan pertama musim 2024/25 ditutup, besar kemungkinan beliau akan kekal beraksi dalam saingan Ballers League selepas menampilkan prestasi cemerlang.

Musim lepas, beliau beraksi bersama Terengganu FC (TFC) secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga 30 November 2023. TFC merupakan kelab keempat Liga Malaysia yang disertainya selain JDT, Kedah dan Melaka United.

Selepas kontraknya bersama Harimau Selatan tamat, Liridon diberi ‘lesen’ untuk beraksi pada final Piala Malaysia 2023 menentang JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum kembali ke Liga Malaysia, Liridon pernah dipinjamkan ke kelab Thailand, Khon Kaen United FC pada musim 2022.