Kejutan berlaku dalam saingan Piala FA 2024-2025 selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool tersingkir di pusingan keempat.

Skuad kendalian Arne Slot tewas kepada Plymouth Argyle, kelab yang berada di tangga tercorot dalam saingan divisyen dua iaitu Liga Kejuaraan dimana kelab itu mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan 1-0.

Baca Juga:

Jaringan tunggal Ryan Hardie menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua sudah cukup untuk menyingkirkan pendahulu EPL itu dan mencipta salah satu kejutan terbesar dalam saingan musim ini.

Sukar untuk menggambarkan The Reds akan bergelut ketika berdepan Plymouth ekoran perbezaan kedua-dua pasukan yang mana mereka dibezakan sebanyak 42 anak tangga.

Liverpool
Ryan Hardie

Selain itu, Plymouth turut mempunyai beberapa rekod buruk seperti pasukan yang paling banyak dibolosi dan perbezaan jaringan yang lebih besar diantara kelab yang beraksi di empat divisyen bola sepak di England.

Kelab yang pernah dibimbing oleh lagenda Manchester United iaitu Wayne Rooney itu hanya merekodkan dua kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir yang dihadapi sebelum turun berdepan pendahulu EPL itu.

Meskipun menampilkan prestasi semasa yang kurang baik, Plymouth menjadikan aksi menentang Liverpool sebagai titik kebangkitan bagi menyelamatkan musim mereka.

Sebelum ini, ketika aksi pusingan ketiga, Plymouth berjaya menewaskan satu lagi kelab EPL iaitu Brentford dan kini mereka menjadi salah satu pasukan kerdil yang menjadi pilihan ramai untuk terus mencipta kejutan dalam saingan edisi kali ini.

Liverpool
Plymouth Argyle

Selain Liverpool, beberapa kelab besar EPL turut tersingkir di pusingan keempat seperti Chelsea yang tewas kepada Brighton & Hove Albion serta Tottenham Hotspur yang tewas kepada Aston Villa.

Juara bertahan, Manchester United berjaya mara ke pusingan seterusnya sambil diikuti oleh beberapa pasukan lain seperti Manchester City dan Newcastle United.