Dramatik! Itulah situasi yang dapat mengambarkan perlawanan suku akhir Piala FA antara Manchester United menentang Liverpool di Stadium Old Trafford.
Impian Manchester United untuk menjulang kejuaraan Piala FA pada musim ini mampu jadi kenyataan apabila mencatat kemenangan 4-3 ke atas Liverpool pada perlawanan yang cukup sengit.
Baca Juga:
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kes ‘Scam’ Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya
AFTER OVER 120 MINUTES OF BREATHLESS FOOTBALL…
WE'RE THE FAMOUS MAN UTD AND WE'RE GOING TO WEMBLEY!!! 🏟️#MUFC || #FACup pic.twitter.com/zuA3cPy10u
— Manchester United (@ManUtd) March 17, 2024
Pada aksi ini, skuad kendalian Erik Ten Hag terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Mc Tominay seawal minit ke 10 selepas menolak masuk bola ke gawang gol dalam situasi kelam kabut.
Namun, Liverpool kembali menyamakan kedudukan pada minit ke 44 apabila Alexis Mac Allister menyudahkan hantaran cantik Darwin Nunez daripada sebelah kanan.
Seminit kemudian, Mohammed Salah meletakkan Liverpool di depan selepas merembat masuk bola yang ditepis oleh penjaga gol tuan rumah, Onana dalam kawasan kotak penalti.
Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun ia belum mematahkan semangat pemain Man United yang telah menunjukkan tanda kebangkitan di babak kedua.
Percaturan Ten Hag melakukan beberapa pertukaran pemain di separuh masa kedua juga membuahkan hasil lumayan.
Ini selepas pemain gantian, Antony berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke 87 sekaligus menceriakan ribuan penyokong tuan rumah di Old Trafford.
Malah, Rasford juga gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk menjaringkan gol kemenangan di minit akhir perlawanan walaupun gawang terbuka luas.
Perlawanan terpaksa diheretkan ke masa tambahan dan kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan mudah.
Pada minit ke 105, Harvey Elliot membuatkan penyokong tuan rumah terdiam seketika selepas rembatan leretnya tertampan ke kaki Harry Maguire sekaligus menewaskan Onana untuk gol ketiga Liverpool.
Bagaimanapun, jaringan itu tidak bertahan lama apabila Rasford kembali menyamakan kedudukan selepas merembat masuk gol ketiga yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol Liverpool pada minit ke 112.
Stadium Old Trafford sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong selepas Amad Diallo muncul wira menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 120+2.
Kedudukan 4-3 kekal sehingga wisel penamat dan mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala FA menjadi milik Manchester United.