Manchester United tekad menyekat impian Liverpool yang mahu menjulang empat trofi apabila mereka bakal bertemu di suku akhir Piala FA jam 11.30 malam ini waktu Malaysia.
Pengendali United, Erik Ten Hag turut terdesak merebut trofi itu bagi mengelakkan dia tersingkir pada penghujung musim di Old Trafford.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Piala FA adalah satu-satunya kejuaraan yang masih diburu oleh United di tengah-tengah musim sukar untuk pasukan Ten Hag. Mereka tewas kepada Manchester City pada perlawanan akhir tahun lalu di Wembley.
United lebih banyak berehat berbanding Liverpool yang menewaskan Sparta Prague 6-1 pada Khamis dalam Liga Europa.
Untuk rekod, mereka tidak pernah kalah kepada Liverpool di tempat sendiri dalam saingan Piala FA.
🚨👀 Manchester United have NOT lost a home FA Cup game against Liverpool for over 💯 years. 😬 pic.twitter.com/uIWWcy1yd6
— United & Everything Football (@ManUnitedBall) March 16, 2024
Ten Hag menjangkakan beberapa pemain utama kembali daripada kecederaan untuk menentang Liverpool dengan Rasmus Hojlund, Harry Maguire dan Aaron Wan-Bissaka semua sudah menjalani latihan minggu ini.
“Mereka kembali ke padang. Sebahagiannya pada awal minggu dan hari ini (kalmarin) kami mengadakan sesi dan jelas bahawa mereka semua sudah berlatih
“Saya fikir (mereka akan bersedia). Kami perlu melihat bagaimana mereka pulih daripada kecederaan yang dialami, tetapi ia kelihatan baik,” kata Ten Hag kepada media.
Two big returns to the Manchester United side ahead of their FA Cup quarter final vs Liverpool 💪 pic.twitter.com/QgtyHmZWsO
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 12, 2024
Hojlund menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut di semua pertandingan, dengan lapan gol dalam lapan perlawanan terakhirnya, sebelum kecederaan otot mengetepikan dia untuk empat perlawanan, termasuk kemenangan 1-0 United ke atas Nottingham Forest pada pusingan kelima Piala FA.
Berdasarkan rekod, United menjulang Piala FA sebanyak 12 kali, kedua selepas Arsenal 14 kali, manakala Liverpool telah menjulang lapan.