Baru-baru ini, pelakon Liyana Jasmay dikritik oleh seorang individu di TikTok kerana memiliki kulit gelap selepas memuat naik video menunjukkan penampilannya yang terlihat kusut-masai di resort percutian tepi pantai Anantara Desaru.

Menerusi kritikan individu tersebut, Liyana dikatakan semakin hari semakin hitam dan mempunyai perwatakan seperti orang kampung jika nak dibandingkan dengan selebriti yang lain. Susulan itu, Liyana tampil memberi respons terhadap individu yang bertindak ‘face shaming’ nya.

Baca Juga:

@ljoneandonly

Replying to @azirashiraazira

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Menurut Liyana, dia terima komen yang ditinggalkan individu itu dan menegaskan dirinya enggan mengambil suntikan memutihkan kulit seperti selebriti yang lain.

Malah, untuk bergelar selebriti tidak diwajibkan untuk berkulit putih dan dia juga bersyukur kerana suaminya masih menerima dirinya seadanya tanpa mengira warna kulit.

“Warna kulit saya sebenarnya coklat kekuningan tetapi kalau awak rasa itu hitam, saya terima sajalah.” ujar Liyana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa Liyana ini sudah cantik dan tidak perlu untuk kulit cerah kerana kecantikannya memang semulajadi.