Liyana Jasmay mengecam sikap beberapa individu yang berlumba lumba menjadi pengkritik filem di media sosial.
Liyana Jasmay sebelum ini baik baik sahaja menerima kritikan daripada peminat. Di mana ada seorang peminat menyatakan dia menyesal menonton filem tersebut.
Liyana Jasmay dengan tenang membalas: “It’s okay sayang. Any comment is good for us to make better film in the future! Thank you for your love towards local film. Kita sangat hargai!”
Namun apa yang membuatkan Liyana Jasmay menyampah adalah mereka yang berlumba lumba menjadi pengkritik filem di media sosial.
Menurutnya, taktik itu digunakan untuk meraih tanda suka daripada netizen lain dan menarik pengikut. Lantas Liyana Jasmay melabel taktik tersebut sebagai sudah basi dan lapuk.
Liyana menulis di IG Story-nya dengan berkata: “Apabila semua nak reviu filem sebab dan engagement tinggi, jadi kutuk la apa lagi!
“Tiba tiba kau peminat filem muzikal? Filem muzikal apa yang kamu dan tonton?” soal pelakon sensasi itu.
Lalu dia menasihati mereka yang suka mengutuk filem untuk menarik engagement semata mata, agar menghentikan taktik basi tersebut.
“Tolonglah kepada semua yang kutuk kutuk sebab nak engagement tinggi semata mata di page kamu! Ianya dah sangat basi.”
Liyana Jasmay kini sedang sibuk mempromosi filem yang turut dibintangi beliau sendiri. Di Instagram miliknya ramai peminat yang memberikan sokongan dan berpuas hati dengan filem tersebut.