‘Luar setinggan, dalam macam kondo,’ – dialog itu sering diguna pakai apabila terdapat rumah yang miliki luarannya yang biasa-biasa, namun apabila kaki mula melangkah masuk keadaan rumahnya jauh berbeza.

Baru-baru ini hantaran Facebook seorang ejen hartanah menjadi bualan netizen selepas mengiklankannya di dalam satu Facebook Group pengiklanan.

Rumah teres dua tingkat yang berharga RM1.4 juta itu telah diubahsuai sepenuhnya. Konsep yang dibawakan moden kontemperori dan mewah.

Tanahnya berkeluasan 3,187 kaki persegi, sementara binaan rumah pula kira-kira 3,200 kaki persegi.

Sumber Gambar: FB Iklan Bukit Jelutong, Setia Alam, TTDI Jaya

Rumah itu dilengkapi 5+1 bilik serta 5+1 bilik air, kabinet dapur siap dipasang dan menghadap selatan.

Menerusi komen-komen dan perkongsian semula daripada warganet, rata-rata ramai memuji ‘taste‘ pemilik rumah berkenaan.

Pada masa sama ejen hartanah itu mengesahkan pengubahsuaian rumah itu telah diluluskan oleh majlis bandaraya tempatan.

Sumber Gambar: FB Iklan Bukit Jelutong, Setia Alam, TTDI Jaya
Sumber Gambar: FB Iklan Bukit Jelutong, Setia Alam, TTDI Jaya
Sumber Gambar: FB Iklan Bukit Jelutong, Setia Alam, TTDI Jaya

Dalam pada itu, ada mendakwa rumah itu milik Syuk Sahar. Bagaimanapun ejen hartanah itu menafikan dakwaan tersebut.

Warganet berpendapat, sesiapa yang membeli rumah itu nanti cuma ‘cuci kaki’ sahaja kerana tiada apa lagi perlu diubahsuai — dapat kunci, teruskan kehidupan dalam rumah yang selesa.

Anda boleh tatap gambar-gambar bahagian rumah yang diubah suai cantik itu di bawah.