Memiliki rumah yang selesa dan kondusif menjadi dambaan semua orang lebih-lebih lagi yang mempunyai keluarga. Memandangkan harga hartanah tempatan yang kian meningkat, ramai individu muda lebih selesa membeli rumah terbiar kerana lebih berpatutan.

Namun, tular di media sosial baru-baru ini berkenaan sebuah pasangan muda yang sanggup membeli dan mengubah suai sebuah rumah teres setingkat yang terbiar di tengah ibu kota. Malah, mereka memaklumkan bahawa telah membelanjakan wang untuk renovasi lebih daripada harga rumah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Individu bernama Kenneth Tan berkongsi beliau sudah menghabiskan sebanyak RM1.4 juta untuk mengubah suai rumah teres itu menjadi sebuah rumah yang lebih moden dan kondusif. Beliau mendakwa ini merupakan projek yang paling mencabar dalam sepanjang hidupnya.

Dalam masa hampir 9 bulan, beliau telah melakukan pelbagai perkara termasuklah menambah kolam renang, membina sistem kumbahan yang sistematik, menambah baik ruangan rumah dan juga melantik pereka dalaman untuk dekorasi di dalam rumah.

@kenneththm

Documenting the transformation of a 50 year old single storey corner terrace in malaysia 🇲🇾. I think old houses have so much to offer. Old airwells and odd shaped corner lots with plenty of land to be creative. These houses are a beauty if you are willing to put in the work to transform it! 😊 . Leave your thoughts below! . #respitehouse #architecture #homedecor #interiordesign #japandi #warmminimalism #interiors #home #design #homedesign #homehack #malaysianhomes #fixerupper #hometransformation #malaysiahomedecor #fyp #transformation

♬ Vincent – Sohyang

Walaupun ada yang mendakwa ia tidak berbaloi, beliau percaya segala cabaran yang ditempuhi bakal membuahkan hasil yang lumayan. Malah, beliau lebih memilih  untuk membeli hartanah itu sebab didapati lebih ‘soul’ termasuk mempunyai keunikan karakter tersendiri di samping berada di tempat strategik.

Bagi beliau, apa salahnya membuat renovasi semula rumah tersebut berbanding membeli rumah baharu yang sudah siap. Beliau juga tidak berminat rumah yang besar atau banyak tingkat kerana merasa terlalu kosong dan pasti tidak akan digunakan sepenuhnya.

Hantaran video yang telah dimuat naik sememangnya telah menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian netizen merasa ia satu pembaziran kerana dengan harga renovasi itu sudah boleh mendapatkan sebuah rumah banglo yang besar atau rumah teres dua tingkat di lokasi strategik.

Rumah teres
Sumber Gambar: X @januarhaikal
Rumah tered
Sumber Gambar: X @januarhaikal

Sementara sebahagian lain pula berpendapat ia merupakan tindakan bijak kerana dapat membina rumah idaman dengan sentuhan citarasa sendiri berbanding rumah yang sudah siap. Bagaimana pula dengan anda? Adakah ia berbaloi atau satu kerugian?