Isu bagasi tertinggal bukan hanya melibatkan kesilapan label atau kegagalan sistem, ia adalah petunjuk tekanan logistik yang dihadapi oleh industri penerbangan.
Tetapi sebagai penumpang, apa pula tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan semula barang berharga kita bersama bagasi jika tidak sampai destinasi?
Baru-baru ini, seorang warganet telah berkongsi pengalamannya sendiri apabila pertama kali menghadapi insiden bagasi miliknya tidak tiba ke lokasi transit.
Oleh itu, dia sedia berkongsi apakah langkah atau tindakan yang sewajarnya apabila berdepan dengan situasi genting seperti ini.
“Semalam apabila luggage kami tak sampai, perkara pertama kena buat adalah pergi buat report. Report boleh dibuat berhampiran Belt E pejabat Post Aviation, Baggage Service Office.”

Difahamkan, anda perlu menyediakan maklumat sewaktu mengisi borang termasuklah warnga bagasi, jenama, bentuk, jumlah, alamat rumah tetap dan alamat rumah sementara.
Rentetan daripada itu, dia menggalakkan orang ramai sebelum luggage diterbangkan ada baiknya simpan satu gambar sebagai rujukan malahan lebih bagus jika ada resit pembeliannya. Pegawai juga akan meminta tag bagasi dan juga pas masuk.

Kemudian, pihak berkaitan akan memberi laporan terus ke emel anda dan di situ akan disediakan nombor laporan untuk proses pertanyaan dan juga tuntutan insuran.
Kongsinya, sehari kemudian, telah menerima mesej yang memaklumkan bagsinya sudah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Untuk proses pengambilan, anda hanya perlu pergi ambil pas harian untuk masuk ke dalam.
Tempat pas adalah terletak di di sebelah Food Garden di tingkat 2,KLIA. Perlu diketahui proses mengambil pas bakal memakan masa yang agak lama kerana pegawai akan telefon ke Post Aviation untuk memastikan bagasi kita telah tiba.
“Selepas tu baru boleh isi borang. Scan je qrcode. Kena selfie. Dan juga buat bayaran RM2.19 seorang. Ic kena tinggal. Selepas tu dapat pass masuk. Laluan masuk ke dalam adalah di Arrival Hall, Level 3 KLIA. Lorong masuk tu terletak di sebelah 4 Fingers. Ada lorong kecil situ sebelum jumpa laluan surau dan klinik kat situ.
“Masuk ke dalam, lepas kawalan security dan scan beg kita bawak macam biasa dan terus ke pejabat. Bagi nombor report. Isi borang dan boleh la ambik luggage. Alhamdulillah selesai semua,” tulisnya dengan nada lega.
Selain itu, dia berkongsi yang anda boleh sahaja pulang dahulu ke rumah dan boleh diambil semula selepas makluman diberikan oleh pegawai urusan. Dan beg itu boleh diambil di lapangan terbang mengikut di negeri masing-masing.
Nota tambahan, ada sebahagian netizen yang mengatakan ramai juga berjaya menerima bagasi mereka terus ke rumah menggunakan pos tanpa perlu ambil di kaunter.
Jadi, logiklah jika mereka meminta maklumat alamat kediaman bagi urusan penghantaran jika anda berjauhan dari lapangan terbang.