Pengurus Paris Saint-German (PSG), Luis Enrique menafikan beliau mencekik dan menumbuk penyerang Chelsea iaitu Joao Pedro.
PSG tumpas kepada Chelsea dengan keputusan 3-0 dalam final Piala Dunia Kelab FIFA menerusi jaringan Cole Palmer dan Pedro.
Baca Juga:
- Piala Dunia Kelab FIFA: Ini Jumlah Wang Diraih Chelsea Selepas Melangkah Ke Final

- Chelsea Tak Bermasalah Atasi PSG, Muncul Juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025

- Kedudukan Semua Pasukan ASEAN Dalam Ranking FIFA – Julai 2025

Selepas perlawanan tamat, pemain dari kedua-dua kem terlibat dalam konflik yang mana mereka mula tolak-menolak antara satu sama lain.

Luis Enrique Nafi Tumbuk, Cekik Pedro
“Ini boleh dielakkan. Matlamat dan objektif saya sentiasa cuba memisahkan pemain bola sepak untuk mengelakkan masalah yang lebih besar.
“Terdapat banyak ketegangan, banyak tekanan.. Saya fikir kita semua harus mengelak daripada berbuat demikian, dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi.

“Saya mengulangi, niat saya sentiasa untuk mengelakkan sebarang jenis situasi untuk menjadi lebih teruk. Itu adalah matlamat saya.”
“Saya akan memastikan bahawa pemain saya tidak bertindak keterlaluan. Saya memberitahu anda, ini bukan yang terbaik, dan ini hanyalah hasil akhir tekanan daripada perlawanan itu,” katanya.