Bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Lukas Podolski sedang berada di kemuncak apabila beliau menjadi jutawan hasil daripada perniagaan kebab yang dijalankan di negaranya.

Pemain berusia 38 tahun yang pernah beraksi bersama Arsenal itu telah bertukar menjadi seorang usahawan yang berjaya, mengumpul nilai kekayaan bersih sebanyak $225 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Podolski yang ketika ini beraksi bersama kelab Poland, Gornik Zabrze mempunyai rangkaian kedai kebab yang diberi nama Mangal Doner dan jenama ais krim yang bernama Ice Cream United dimana kedua-duanya berkembang maju di Jerman.

Lukas Podolski
Sumber Gambar: The Sun

Ketika ini, Podolski telah membuka sebanyak 30 cawangan kedai kebab di seluruh Jerman dimana beliau mendapat inspirasi untuk menjalankan perniagaan makanan yang terkenal di negara Timur Tengah itu ketika beraksi di Turkiye bersama Galatasaray pada 2015 hingga 2017.

Bercakap kepada majalah tempatan, beliau mempunyai perancangan untuk meneruskan projek tersebut dan akan mengembangkan bisnesnya pada masa akan datang.

“Pemain lain pergi ke padang golf selepas latihan, dan hanya bersiar-siar di sana sepanjang hari. Saya menjual aiskrim, Kebab dan pakaian, berseronok dan semua orang boleh membawa pulang sesuatu.

“Saya menyokong projek ini 100%, dan akan membantu di mana saya boleh membantu. Saya mahu terus membangunkan projek ini,” katanya.

Lukas Podolski merupakan salah satu contoh terbaik kepada pemain bola sepak di dunia ketika ini dimana beliau berfikiran jauh dengan membuka perniagaan yang mana boleh menampungnya selepas bersara dari dunia bola sepak satu hari nanti.