Bila sebut sahaja Perodua Myvi, automatik orang ramai akan ‘flashback’ pelbagai insiden-insiden yang pernah berlaku melibatkan kereta keluaran tempatan ini. Dari kisah kereta terbang lepas longkang, langgar ‘Godzilla’, ‘cucuk’ kereta lain dekat tol dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini tular di TikTok satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu Perodua Myvi putih telah menunjukkan ‘contoh’ yang tidak baik kepada pemandu Perodua Bezza.
Dalam video tersebut, kedua-dua pemandu kereta Perodua dilihat telah melakukan dua kesalahan serentak pada satu masa yang sama — bawa kereta melawan arus dan melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan.
https://www.tiktok.com/@syidiey_73/video/6970309481678834945?_d=secCgYIASAHKAESMgowuMwjw%2FXgpavuC78g0n5IXqD4rCvBdK6y2b8i7ppuRV63SzeC%2F%2Brz7QNjQXZyYWGfGgA%3D&checksum=ee2d8f6b74785a78a59621209ba8b68fa3f0edff69168d386d073f6cd980b66f&language=en&mid=6946921637958699778&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA7IDCF98A1gvK_z3W9LgEiQ3djCCida8R0cp4YU2tBR78q4jp2S4g-uQbw9Sv76vm&share_app_id=1180&share_item_id=6970309481678834945&share_link_id=E6B004BD-2303-4746-BE17-1FD2E3EDD2DD&source=h5_t×tamp=1623641699&tt_from=copy&u_code=dc98ha4gdgc918&user_id=6824386317050528770&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Video tersebut telah mendapat lebih 400,000 tontonan dan 500 komen daripada pengguna TikTok yang terhibur dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi dan Bezza tersebut.
Rata-rata orang ramai menyamakan tindakan pemandu Myvi tersebut sama seperti seorang ‘abang’ yang mengajar ‘adik’ melakukan benda yang tidak baik.
Menurut orang ramai video tersebut dirakam di sekitar kawasan Rapid Pengerang, Johor. Walaupun ketika itu jalan agak lenggang, namun perbuatan kedua-dua pemandu tetap menyalahi undang-undang jalan raya.
Walaupun Perodua Myvi kerap dirakam melakukan aksi-aksi yang memalukan, namun di Indonesia kereta ini di’rebadge’ menjadi Daihatsu Sirion.
Jualan Myvi ‘Rebadged’ Meningkat Secara Tiba-Tiba, Terima Pujian Di Kalangan Netizen Indonesia
Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan
Gambar OOTD Raya Di Hadapan Kereta Cetus Pertikaian Antara Ahli ‘Group’ Myvi