Pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nualphan Lamsam atau yang lebih dikenali sebagai Madame Pang memberikan bonus lumayan kepada pemain selepas pasukan itu mara sehingga ke peringkat 16 pasukan terakhir dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar.

Thailand dan Indonesia menjadi dua wakil Asia Tenggara yang melepasi saingan peringkat kumpulan dalam edisi kali ini namun keduanya terpaksa menelan hakikat perjalanan mereka terhenti apabila tewas kepada lawan masing-masing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Thailand tunduk kepada Uzbekistan dengan keputusan 2-1 manakala Indonesia tewas dengan keputusan 4-0 ketika turun bertemu Australia.

Meskipun sudah terkeluar, namun pemain Thailand mendapat ganjaran mewah yang diberikan oleh Madame Pang dimana pengurus itu memberikan bonus sebesar 5 Juta Baht atau sekitar RM600 Ribu kepada pemain selepas berjaya meraih 5 mata dalam saingan peringkat kumpulan.

Thailand berjaya menewaskan Kyrgyzstan dengan keputusan 2-0 pada aksi pembukaan kumpulan F. Pada perlawanan kedua, pasukan itu seri 0-0 ketika berdepan Oman. Skuad kendalian Masatada Ishii itu sekali lagi mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Arab Saudi pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Pang yang juga pengerusi kelab Port FC berencana untuk menambah bonus sebanyak 4 Juta Baht kepada pemain sekiranya berjaya menewaskan Uzbekistan namun perkara itu tidak berlaku.

Nualphan Lamsam sememangnya terkenal dengan gaya beliau yang gemar memberikan bonus lumayan kepada pemain sekiranya berjaya mencatat keputusan positif di peringkat antarabangsa bagi negara itu.

Ketika saingan Piala AFF Mitsubishi Electric, Nualphan memberikan bonus sebanyak 5 juta baht (RM652,819) kepada pemain Thailand atas kejayaan mara ke peringkat separuh akhir.

Beliau kemudiannya memberikan bonus tambahan dengan jumlah sama selepas Thailand menewaskan Malaysia di peringkat separuh akhir sekaligus mara ke perlawanan akhir.